ANAK-ANAK yang mengalami sukar tidur malam dan kerap tidak sihat, ini mungkin perkongsian bermanfaat buat ibu bapa.

Tidur sangat penting untuk kanak-kanak bagi mencapai pembesaran dan perkembangan optimum.

Sama ada membabitkan anak kecil berusia dua tahun atau remaja, kajian menunjukkan bahawa rutin waktu tidur yang konsisten membantu memastikan anak mendapat tidur yang cukup.

Selain tidur yang mengcukupi, mood positif anak juga perlu berada dalam keadaan baik kerana ia turut mempengaruhi otak.

Oleh sebab itu, ibu bapa harus memastikan semuanya berjalan lancar.

Sekiranya anak dalam kategori sukar tidur awal dan mood sekejap ok, sekejap tak, boleh cuba tip mudah yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan ini.

Cara tersebut sudah pun dipraktikkan oleh beliau untuk anak-anaknya dan ternyata nampak keberkesanan.

Anak sukar tidur lena, kerap tak sihat, ini tip mudah dikongsi doktor

Ujarnya, dengan hanya menggunakan Epsom Salt, anak akan mudah mengantuk pada malam hari.

“Semua rumah kena ada Epsom Salt tau. Saya suka betul rendam anak dalam air Epsom Salt. Tak kira masa. Anak pun syok betul berendam.

“Sehari sekali. Ambil satu cawan Epsom Salt, masuk dalam air suam. Buat waktu mandi petang. Anak mudah mengantuk malam nanti, tidur lebih nyenyak insya-ALLAH. Macam garam kasar, tapi jangan makan pula ye,” ujarnya.

Baca juga Kanak-kanak maut akibat 60 sengatan lebah, bisa toksin rosakkan otot, buah pinggang

Long Covid-19

Kata Dr Mazliana, rendaman itu juga sesuai jika anak mengalami batuk atau selsema.

“Apabila anak demam, tak sihat, batuk atau selsema, saya akan kerapkan buat. Dua atau tiga kali sehari. Dari lemah tak larat, segar anak setiap kali lepas rendam. Kahak pun banyak keluar.

“Dalam Epsom Salt ada Magnesium. Magnesium bantu untuk mengendurkan otot anak, bantu untuk tenangkan sistem saraf anak. Letak air suam dan Epsom Salt dalam baldi.

“Magnesium antara supplement transdermal yang paling selamat untuk anak-anak kecil. Lebih 325 proses biologi dalam tubuh badan anak perlukan Magnesium. Kalau tak cukup Magnesium, maknanya akan ada fungsi sistem badan yang akan terganggu.

Iklan

“Dan ramai sebenarnya anak-anak yang tak cukup kandungan Magnesium dalam badan mereka.

“Dalam makanan, magnesium ada pada bayam, kacang, dark chocolate, pisang, tofu, dan sebagainya. Tapi anak kecil makan bukannya dalam kuantiti yang banyak kan,” kongsinya di Facebook.

Magnesium penting untuk;

  • Tidur anak yang baik
  • Perbaiki mood anak
  • Lebih fokus
  • Kuatkan tulang dan gigi
  • Berikan energy secukupnya untuk anak
  • Sihatkan otot dan saraf
  • Membantu penyerapan vitamin dan mineral lain
  • Tingkatkan imuniti badan anak

Kalau rumah ada tab mandi, boleh letakkan dalam tab dan suruh anak berendam sekejap. Jika tak ada, letak dalam baldi pun boleh.

Iklan

Baca juga Petua minum air pangsa lepas makan durian sangat berguna, saintis jelaskan

Selepas anak main waktu petang, ajak berendam, malam mesti anak tak meragam sangat, laju sahaja nak masuk tidur.

Epsom Salt ini untuk 1.2 kg, harga tidak sampai RM20. Boleh cari di farmasi berdekatan atau beli secara dalam talian.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.