Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. 'Lenggok macam supermodel, memang berbakat!'

A
A
A

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara jiran bagi menghadiri satu undangan program Fesyen Antarabangsa Bangkok.

Nyata anak sulung kepada bintang Akademi Fantasia yang berasal dari Ranau, Sabah berkenaan cukup berbakat dalam beraksi di pentas peragaan.

Gayanya cukup hebat dan bersahaja, seolah-olah sudah biasa beraksi seperti model profesional.

Sekadar makluman, Anggrek terpilih mewakili Malaysia ke Thailand bagi acara Bangkok Kids International Fashion Week yang berlangsung pada 27 dan 28 April lalu.

Menjengah ke media sosial milik si kecil itu, ada dikongsikan video dirinya menggayakan fesyen kanak-kanak.

Rupa-rupanya sebelum ke sana, Adira sudahpun mempersiapkan diri anaknya itu dengan menghantar beliau menghadiri kelas peragaan.

Patutlah nampak begitu bersahaja dan tidak kekok berjalan ala supermodel gayanya, lebih-lebih lagi gurunya adalah Amber Chia.

amber chia

Perkongsian video yang dimuat naik menerusi Instagram oleh ibu kepada empat cahaya mata itu mengundang tumpuan ramai.

"Turning fairy dream into reality ? love dress by @angelinetkc

"Ami speechless. Alhamdulillah selesai urusan di bangkok . Proud of you @anggrek.adenan.

Demikian kapsyen yang dimuat naik Adira atau nama sebenar Siti Adira Suhaimi.

 

Rata-rata melahirkan rasa kagum dan menitipkan semoga Anggrek boleh berjaya seperti ibunya biarpun dalam bidang yang berbeza.

adira suhaimi

'Acik so proud anak.'

'Anggrek! so talented.'

'Tahniah ibu dan anaknya.'

'We love you anggrek ! No syatuuu laaaa dia.'

'Cantiknya kakak. Good job.'

anggrek adenan

'Wau cantik bergaya lah Anggrek..ada gaya model boleh pergi jauh ni. Selamat maju jaya Anggrek Adnan.'

'Pergh dahsyat dia. Internasional.'

Sumber: Instagram anggrek.adenan & adira.suhaimi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang! 

 

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca