Anakanda Sultan Brunei, Putera Mateen nikah 7 Januari tahun depan, cucu penasihat diraja jadi pilihan hati
ANAKANDA Sultan Brunei, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Hassanal Bolkiah akan menamatkan zaman bujang bersama pilihan hatinya, Dayang Anisha Rosnah Adam pada awal tahun depan.
Lapor RTB News dan Borneo Bulletin, tarikh 7 Januari 2024 menjadi detik keramat buat bakal pasangan diraja tersebut.
Majlis penuh adat istiadat itu dijangka berlangsung selama 10 hari lamanya.
Upacara akan dimulakan dengan Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada 8 Januari diikuti Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja serta Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan pada 9 Januari nanti.
Seterusnya, Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja dijadualkan berlangsung pada 10 Januari, manakala Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pula dijalankan pada esoknya.
Tarikh 14 Januari merupakan saat kemuncak keseluruhan acara penuh adat dengan penganjuran Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di Istana Nurul Iman.
Majlis penuh berprestij diteruskan dengan Majlis Persantapan Diraja pada 15 Januari dan diteruskan dengan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari nanti.
Baca juga [20 FOTO] Indah persandingan diraja puteri Sultan Brunei, kakanda Putera Mateen jadi perhatian
Putera Mateen yang berusia 32 tahun merupakan anakanda ke-10 kepada Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.
Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah St Andrews, Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan Sekolah Antarabangsa Jerudong, Brunei sebelum melanjutkan pengajian di London, United Kingdom.
Putera Mateen juga aktif dalam sukan polo dan pernah mengharumkan nama negaranya selepas membawa pulang pingat gangsa dalam Sukan Sea 2017.
Wanita yang berjaya menambat hati putera idaman dunia tersebut ialah Dayang Anisha yang merupakan cucu kepada penasihat diraja Brunei yang berpengaruh, Pehin Datuk Awang Isa Awang Ibrahim.
Beliau yang juga cucu kepada pengasas syarikat penerbangan Royal Brunei itu juga merupakan graduan universiti terkemuka di England.
Dayang Anisha yang disifatkan antara wanita bertuah dan rupawan itu memiliki perniagaan fesyen sendiri iaitu Silk Collective.
Difahamkan, beliau yang juga adik kepada Danial Deen Isa Kalebic ialah sahabat baik kepada Putera Mateen yang dikenali sejak dari kecil lagi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang