TINDAKAN sebilangan golongan antivaksin menyebarkan fahaman mereka dikhuatiri akan menimbulkan salah faham kepada orang lain khususnya kepada ibu bapa muda.

Hakikatnya, suntikan vaksin diberikan khususnya kepada kanak-kanak agar mereka mendapat perlindungan terhadap beberapa jenis penyakit. Ia lebih praktikal dan kurang menyakitkan.

Pun begitu, dengan pelbagai alasan tersendiri dan kadang kurang masuk akal, ada sekelompok golongan memilih tidak mahu memberikan suntikan vaksin pada anak mereka, bahkan lebih membimbangkan menghasut orang lain untuk berbuat perkara sama.

Ada juga yang terpengaruh menjadi antivaksin kerana mengikut bacaan sendiri atau hanya terikut-ikut tindakan kumpulan antivaksin tersebut.

Terdapat ibu bapa enggan membenarkan vaksin pada anak dek terpengaruh dakyah antivaksin.

Gemar membaca dan dahagakan panduan ilmu dan penjelasan tentang vaksin?

Perkongsian Pakar Perubatan Keluarga, Medical Mythbuster Malaysia (M3), Dr Sakinah Sulong ini diharap dapat membantu:

“Dan biarlah kamu dengan ajaran kamu sendiri

Sehari dua ni, dalam kesibukan kita menyambut cuti Maal Hijrah, nampaknya kumpulan antivaksin tetap tegar dengan dakyah mereka.

Mungkin mereka rasakan mereka kuat.

Mereka duk bersidai di wall posting M3 tanpa segan silu mengutuk dan menyebarkan salah faham tentang vaksin. Memang ramai yang selamat diblok.

Saya nak pesan sikit,

Ibubapa yang muda-muda,

Tolong hati-hati dalam memilih bahan bacaan dan sumber rujukan. Di laman sosial ni, sesiapa pun boleh menulis, hatta yang bukan fakta mahupun yang tak benar. Salah pilih sumber rujukan, silap-silap anda akan terpengaruh. Apatah lagi kalau anda sendiri tiada asas sains yang kuat.

Tak perlu pun nak join group mengarut yang memang terang-terang menolak perubatan yang diiktiraf di seluruh dunia. Ibarat anda sengaja nak pegi dengar ceramah Ayah Pin pada pengikut-pengikutnya.
Membazir masa!

Artikel berkaitan: Tak vaksin tetap kuat pertahanan tubuh?

Sila follow laman FB dan individu-individu berikut sebagai usaha anda mendapatkan ilmu dan penjelasan tentang vaksin.

1. Dr Amirul Amzar

Beliau adalah doktor perubatan yang sedang melanjutkan bidang kepakaran Perubatan Keluarga. Diangkat sebagai Exco Perancangan Strategik Vaksin M3, beliau memang mempunyai kefahaman dan ilmu yang luas dalam vaksin. Dan yang lebih istimewa, beliau sangat sabar melayan pertanyaan dan persoalan antivaksin.
Tabik!

2. Dr Lily Mk

Iklan

Walaupun beliau bukan doktor perubatan, tapi kegigihan beliau membongkar penipuan dan salah faham vaksin amat saya kagumi. Dipanggil panggilan yang jelik, dia tetap kuat dan berusaha memerangi kumpulan sesat perubatan ini.

3. Dr Malar Santhi Santherasegapan

Ini doktor perubatan yang suka berceloteh. Boleh follow dia untuk dengar celoteh dia dan keberanian dia menjelaskan salah faham individu antivaksin yang cuba mengelirukan orang ramai.

4. Dr Che Puteh Osman

Memang beliau bukan doktor perubatan, tetapi beliau adalah ahli kimia bahan semulajadi (Natural Chemist). Sudah biasa melakukan kajian beliau sendiri ke atas herba dan mahir selok belok di lab, beliau memang jadi rujukan saya bila nak tahu secara mendalam tentang pemprosesan vaksin.

5. Nurul Fadhilah Salleh

Iklan

Nama yang kelima ini memang istimewa. Dia bukan doktor malah dia sendiri pernah meragui vaksin tetapi nasib baik dia masih mampu berfikir secara analitikal dan rasional. Posting beliau yang santai tetapi bersifat troll memang seronok dibaca. Saya peminat beliau!

Cukuplah 5 orang ini saya senaraikan.

Dan jangan lupa follow laman M3 dan ISB juga untuk dapatkan info-info bagus tentang vaksin.
Kami semua bukan cybertrooper dan bukan juga agen Yahudi, semuanya dilakukan untuk menyelamatkan masyarakat kita daripada terpengaruh agenda antivaksin yang diceduk dari Barat.

Yang memilih untuk sesat, kami tak boleh tolong. Tapi kami akan terus menulis dan memberi info untuk mereka yang ikhlas mencari kebenaran.”

Kredit: FB Sakinah Sulong

Itu hantaran beliau di Facebook nya semalam. Moga bermanfaat! -AG