Antivaksin mohon berhenti menghasut, anda boleh dipenjara dan didenda RM50,000!

Kesan sampingan suntikan Vaksin Covid-19, ini apa yang perlu kita buat
Kesan sampingan suntikan Vaksin Covid-19, ini apa yang perlu kita buat
A
A
A

SEPERTI apa yang kita sedia maklum, baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan pendaftaran untuk penerima vaksin Covid-19 telah dibuka dan ia boleh dibuat menerusi aplikasi MySejahtera dan beberapa kaedah lain.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula berkata, selaras itu, orang ramai kini boleh mengemukakan permohonan masing-masing dan segera mendapatkan suntikan dos pertama seperti apa yang telah dijadualkan.

Namun, ada juga segelintir pihak yang dilihat menolak menerimaan vaksin tersebut yang menggelarkan diri mereka golongan antivaksin.

Golongan itu pula turut dilihat aktif berkongsi pendapat mereka di laman sosial dan menyebarkan berita yang tidak benar mengenai pengetahuan vaksin.

Tapi awas! Golongan antivaksin yang kerap menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sekiranya didapati bersalah, mereka boleh didenda RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

Bukan itu sahaja, kes berita palsu juga boleh disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan sekiranya didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara dan denda.

Orang ramai kini boleh daftar sebagai penerima vaksin Covid-19 melalui MySejahtera

Barang siapa membuat, menerbit atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angina atau berita dengan niat hendak menyebabkan maklumat palsu dan tidak tepat dengan erti kata lain menghasut, korang tidak akan terkecuali untuk berdepat dengan tindakan undang-undang.

Memetik laporan portal media tempatan, salah seorang peguam yang dikenali sebagai Lim Wei Jiet juga ada mencadangkan dua strategi untuk kerajaan membendung golongan tersebut supaya menghentikan kegiatan tidak bertanggungjawab mereka.

Pertama, kerajaan perlu segera menafikan atau membetulkan berita palsu daripada golongan antivaksin dan konsisten sampaikan mesej kepada rakyat bahawa vaksin Covid-19 adalah selamat dan tidak melanggar hukum mana-mana agama.

“Maksud saya, mesti ada strategi menyeluruh, 24 jam untuk kekang mesej antivaksin di luar sana yang memang merebak dengan cepat.

“Strategi kedua adalah kuat kuasa terus undang-undang jenayah iaitu memulakan pendakwaan kepada kumpulan antivaksin.

“Ia penting untuk sampaikan mesej kepada masyarakat bahawa naratif antivaksin ini amat berbahaya dan harus dihentikan serta-merta,” ujarnya.

Tegasnya, jika enggan berhenti, mereka perlu sedia untuk dipenjara atau didenda wang ringgit.

Jadi perlu diingat, jika korang tak mahu dikenakan tindakan undang-undang, didenda atau dipenjara, jangan sebar apa sahaja maklumat palsu atau kurang pasti mengenai vaksin Covid-19 dan berhenti untuk menghasut!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca