Sedihnya! Banduan diiring pulang ke rumah dalam keadaan bergari, tatap jenazah bapa. 'Rezeki dapat cium buat kali terakhir'
SAYUNYA! Tular di laman sosial Facebook seorang banduan diiring dalam keadaan pulang ke rumah bagi memberi penghormatan terakhir jenazah bapanya.
Video berdurasi 1 minit 58 saat itu memaparkan suasana sayu menyelubungi tatkala keluarga menyambut kepulangan banduan lelaki berbaju biru untuk menatap wajah bapa tersayang kali terakhir.
Menerusi video yang dimuat naik pengguna Facebook Akim Juntai II, difahamkan lelaki berkenaan bakal dibebaskan tidak lama lagi namun ditakdirkan tidak sempat bertemu arwah.
"Semoga kau kuat sahabat. Patutnya 14/2 ini aku tunggu kau di rumah kau Teh.
"Boleh tengok kau balik. Kita boleh jumpa semua ayah ibu, kumpul semua macam dulu dan tengok kau happy.
"Tapi kali ini aku tunggu kau untuk tengok sedihnya kau kehilangan seorang ayah tercinta. ALLAH sayang kau Teh sebab itu DIA menguji kau. Sentiasa kuat sahabat," kongsinya.
Diiringi penguasa penjara, polis dan saudara mara, lelaki berkenaan dilihat tidak dapat menahan tangisan serta mengesat air mata.
Ikatan kafan jenazah berkenaan dibuka bagi memberikan peluang untuk memberikan kucupan terakhir.
Selain memberi ciuman, beliau juga dilihat sempat mengusung jenazah bapanya ke dalam van sebelum dibawa ke tanah perkuburan biarpun dalam keadaan kedua belah tangan bergari.
Warganet tidak dapat menahan sebak mengucapkan takziah buat keluarga banduan berkenaan.
Rata-rata mengakui sebak melihat situasi tersebut memandangkan Allahyarham bapa tidak sempat melihat anaknya dibebaskan pada minggu hadapan.
Tidak kurang yang mendoakan agar lelaki berkenaan terus tabah.
"Ya ALLAH sebaknya. Salam takziah semoga tabah. Dunia memang tempat diuji akhirat kekal selamanya. Semoga abang sentiasa kuat."
"Allahuakhbar tak mampu diungkapkan dengan kata-kata apabila orang tersayang meninggalkan kita. Moga empunya diri kuat hadapi ujian dan arwah ayah ditempatkan dalam kalangan orang beriman."
"Semoga terus kuat. Yang dulu biarkan jadi sejarah dan pengajaran. Salam takziah."
"Rezeki dapat cium buat kali terakhir, siap usung jenazah ayah. Tidak semua orang ada kesempatan ini. Apapun salahnya, ini semua ALLAH sudah izinkan."
"Ya ALLAH sesungguhnya DIA lebih menyayangi. Tak sempat 14/2 DIA jemput dahulu. Moga saudara ini tabah."
Sekadar info, banduan berbaju kolar biru adalah mereka yang telah menghuni lebih 18 bulan di penjara.
Mereka telah menghabiskan fasa pembelajaran Program Pembangunan Insan (PPI) dan layak untuk bekerja di bengkel-bengkel yang disediakan di dalam penjara.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang