Apa itu hawar berdarah yang menjadi punca kematian kerbau Syukor yang kita perlu tahu?

25 ekor kerbau Syukor mati terkena wabak
25 ekor kerbau Syukor mati terkena wabak
A
A
A

SEKURANG-KURANGNYA 35 ekor kerbau peliharaan bapa ‘Mowgli Malaysia’ dilaporkan mati secara tiba-tiba sejak Rabu lalu.

Kematian haiwan ternakan yang menjadi kesayangan 'Mowgli' atau nama sebenarnya, Muhammad Syukor Khamis mengakibatkan keluarga itu kerugian lebih RM200,000.

Punca kematian haiwan ternakan itu akibat penyakit hawar berdarah. Barangkali, sebilangan besar daripada kita pernah mendengar tentang kewujudan penyakit tersebut.

Namun, tidak kurang juga ada yang kurang jelas apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan penyakit tersebut.

Oleh itu SinarPlus harap artikel ini serba sedikit dapat membantu menjawab kekeliruan dan pertanyaan orang ramai. Maklum sahaja zaman sekarang virus bahaya semakin menular. Kita perlu juga berjaga-jaga!

Apa itu hawar berdarah?

Memetik laporan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), penyakit Hawar Berdarah (Haemorrhagic Septicaemia) atau HS merupakan penyakit akut pasteurellosis yang disebabkan oleh bakteria Pasteurella multocida Carter’s Type B.

Adakah hanya berjangkit kepada kerbau?

Penyakit tersebut menyebabkan septisemia akut pada lembu dan kerbau, namun lebih mudah menjangkiti kerbau.

25 ekor kerbau Syukor mati terkena wabak

Menurut laporan yang sama, ternakan babi juga boleh dijangkiti HS pada kadar yang rendah.

Sementara itu, jangkitan pada bebiri dan kambing pula adalah jarang dilaporkan.

Bagaimana jangkitan penyakit HS boleh terjadi?

Penyakit HS disebabkan oleh salah satu daripada dua serotip Pasteurella multocida, iaitu serotip B:2 dan E:2.

Wabak penyakit di Malaysia adalah disebabkan oleh serotip B:2.

Simptom penyakit

Tanda-tanda yang ketara adalah:

a) Haiwan mengalami kemurungan

b) Bengkak di kepala, leher dan dada

c) Mulut dan hidung yang berbuih

d) Kongesi pada lapisan mucus membrane

e) Konjuntivitis

f) Sukar bernafas

Penyakit HS kerap menyerang pada musim hujan

Wabak penyakit tersebut boleh berlaku pada bila-bila masa, tetapi kekerapan penyakit meningkat pada musim hujan.

25 ekor kerbau Syukor mati terkena wabak

Kebanyakan jangkitan HS adalah akut atau perakut, yang menyebabkan kematian dalam jangka masa 8 - 24 jam selepas dijangkiti.

Menurut laporan DVS juga, jarang ada haiwan yang sembuh daripada penyakit HS.

Langkah pencegahan

Bagi mencegah dan mengawal penyakit tersebut, laporan DVS menyebut Protokol Veterinar Malaysia (PVM) HS telah menggariskan strategi berikut :

• Pelaporan

• Rawatan

• Vaksinasi

• Kawalan Pemindahan

• Survelan

• Pelupusan

• Pengurusan Fail Kes

• Dayajejak

• Langkah Biosekuriti

• Khidmat nasihat

• Kempen kesedaran awam

• Rekod

Sumber rujukan : Astro Awani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca