'Awak lah dalam perut saya, 9 tahun kami tunggu.' Pelakon Toq kini bergelar ayah, timang anak lelaki

A
A
A

SEMBILAN tahun menanti penuh sabar untuk menimang cahaya mata, pelakon, Toq 40, berkongsi berita gembira apabila isterinya, Zila Zulkifll selamat melahirkan.

Baca ni Selepas 9 tahun menunggu, Toq akhirnya bakal bergelar bapa

toqqtoqqPerkongsian tersebut dimuat naik menerusi laman TikTok milik Zila berserta sepotong video pendek berdurasi 29 saat yang memaparkan gelagat suami dan anak kecil mereka.

Untuk rekod, anak sulung pasangan tersebut selamat dilahirkan pada 9 Januari lalu.

toqq

Dalam video berkenaan kelihatan Toq memeluk erat buah hati kesayangannya itu.

Malah si kecil tersebut sempat melemparkan senyuman manis ke arah ibunya yang sedang merakam wajahnya itu sambil diagah oleh si ibu.

taiyuddin

Perkongsian itu meraih perhatian warga maya kerana ramai yang tidak tahu pelakon tersebut sudahpun bergelar bapa sejak Januari lalu.

Lebih menarik lagi, wajah bayi yang diberi nama Ahmad Ansari itu salin tak tumpah wajahnya dengan si ayah.

'Tahniah Zila dan husband. Semoga Ahmad Ansari menjadi anak soleh penyejuk hati kalian? saya dh 20 tahun menanti tapi ALLAH tidak rezekikan untuk bergelar ayah & ibu. Kami redho andai ini adalah takdr tbaik drNYA.'

'Sebaknyaa?. Semoga jadi anak yang soleh ye sayang?. Mengembirakan mak ayah dan sentiasa dirahmati ALLAH.'

'Penat mak bawa perut sekali keluar semua ikut bapak.'

'Mak nya bawak perut 9 bulan... keluar jer sebijik muka babah nye... comell nye dia...❤️semoga jadi anak yg solehhh dik.'

'Comel anak ayah ni..tapi kita sebagai isteri sebenarnya sangat bahagia bila anak2 ikut muka suami.'

'Hahaha muka copy paste apakk eh dik.;

'Nuka abah die...alhamdulillah..membesar dengan baik ye dik..jadi anak yang baik ye.'

Untuk rekod, pemilik nama sebenar, Taiyuddin Bakar sebelum itu dikhabarkan berita gembira tentang kehamilan isterinya menerusi perkongsian video.

taiyuddin 1

Zila membuat kejutan dengan memberikan alat ujian kehamilan kepada Pelakon filem Apa Celop Toqq itu pada jam 3 pagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca