PENANTIAN selama sembilan tahun untuk menimang cahaya mata berakhir buat pelakon, Takiyuddin Bakar, 40, apabila dikhabarkan berita gembira tentang kehamilan isterinya, Zila Zulkiflli.

Menerusi perkongsian video di Instagram milik isterinya, beliau membuat kejutan dengan memberikan alat ujian kehamilan kepada Pelakon filem Apa Celop Toqq itu pada jam 3 pagi tadi.

Baca juga:Ibu Zahirah McWilson sedih anak dihina, puji kecantikan dimiliki semula jadi;Berhenti serang; buli wanita hamil;

“ALLAH pilih sembilan tahun. Bismillahirrahmanirrahim, kami serahkan sepenuhnya perjalanan dan takdir dariMU, Ya ALLAH.

“kami tak ada usahakan apa-apapun dan saya tidak pernah keguguran, ini pertama.

“Alhamdulillah @taiyuddinbakar #Kasihpagal. Terima kasih menjadi kekuatan di sisi saya ! Love u Kasih!” katanya.

Baca juga:Impian nak sambut di Makkah, hadiah untuk mak.Sempena hari lahir, Siti Nurhaliza bawa suami, anak, ibu dan mertua tunai umrah

Dalam video berkenaan turut memaparkan reaksi pelakon yang mesra disapa Toq itu. Beliau nampak teruja dan bersyukur atas anugerah terindah yang bakal hadir dalam keluarga mereka.

“SubhanaALLAH, Alhamdulillah, Walaillahillah Allahuakbar, serius ke ni sayang?,” katanya yang terus membuat sujud syukur tanda berterima kasih kepada ALLAH SWT.

Baca juga:Nampak sebaya, mama muda jelita macam budak sekolah.Datin Anne Ngasri hadiri solat hajat anak ambil SPM jadi perhatian!

Menjengah ke ruangan komen, warga maya termasuk rakan artis seperti Amar Asyraf, Ika Nabella, Anita Baharom dan adiknya, Norazizi Zulkifli mengucapkan tahniah di atas kehamilan tersebut.

“Tak lambat tak cepat.. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA. Insya-ALLAH lepas ini saya pulak merasai dan bahagiakan suami. Amin ya robballamin,” kata ibu_quyyum89.

“Alhamdulillah, tahniah,” kata yana_ar83.

Iklan

“Allahuakbar. Alhamdulillah. Semoga ALLAH permudahkan zila dan suami menghadapi setiap saat proses ini sehingga melahirkan dan memberikan kesihatan yang baik pada ibu dan anak serta bapanya Insya-ALLAH,” kata kaktonkitchen2380.

“Alhamdulillah kak, semoga dipermudahkan segala urusan,” kata Sulaiman6339.

Tahniah buat Toq dan isterinya. Semoga dipermudahkan urusan dan selamat melahirkan kelak.

Buat pasangan lain yang sedang berusaha, jangan putus asa. Ini antara contoh berkat kesabaran dan tidak berputus asa berdoa kepada ALLAH, akhirnya termakbul.

Iklan

Percayalah ada kemanisan yang bermakna dan berkat di sebalik penantian.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang