Awas 3 makanan ini yang selalu anda makan.. ubah gaya hidup sebelum terlambat

A
A
A

KADAR kolestrol tinggi yang tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit berbahaya.

Jika ia berlebihan dalam badan boleh menyebabkan anda mendapat strok, risiko serangan strok malah obesiti.

Kolesterol adalah sejenis lemak yang diperlukan oleh tubuh untuk bekerja dengan baik.

Awas 3 makanan ini yang selalu anda makan.. ubah gaya hidup anda sebelum terlambat

Badan anda boleh menghasilkan kolestrol dan juga mendapatkannya daripada sumber makanan.

Terdapat dua jenis kolestrol iaitu kolestrol ‘baik’ dan ‘buruk’.

Kolestrol baik berfungsi untuk membawa kolestrol dalam darah kembali ke hati dan kemudiannya akan memproses kolestrol serta mengeluarkannya daripada tubuh manakala kolestrol buruk pula boleh meletakkan kolestrol di dinding saluran darah, menyumbat arteri dan meningkatkan risiko serangan jantung atau strok.

Namun, kolestrol ini penting juga bagi tubuh untuk menghasilkan sel-sel membran, hempedu, sesetengah hormon dan vitamin D.

Artikel berkaitan: 10 cara atasi mengantuk selepas makan tengah hari.. nombor 7 tu ‘rare’

Awas 3 makanan ini yang selalu anda makan.. ubah gaya hidup anda sebelum terlambat

Antara makanan yang mempunyai kolestrol termasuklah:

  • Organ dalaman (otak, jantung, limpa, buah pinggang, hati, telur ikan)
  • Kepala ikan bilis dan udang
  • Telur dan produk yang mengandungi telur seperti mayonis.

Ingat, kolestrol tinggi adalah ancaman kepada nyawa anda.

Jadi kurangkan pengambilan makanan seperti ini dan jangan lupa untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Awas 3 makanan ini yang selalu anda makan.. ubah gaya hidup anda sebelum terlambat

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca