TELINGA merupakan organ yang membantu kita untuk mendengar dan menyeimbangkan badan dengan baik.

Oleh itu, penjagaan telinga perlu dilakukan dengan teliti agar sentiasa sihat dan mampu berfungsi dengan baik.

Telinga memiliki tiga bahagian iaitu telinga luar (pina dan salur telinga), telinga tengah (3 tulang kecil yang dipanggil tukul, andas dan rakap) dan telinga dalam (koklea dan salur separuh bulat).

Disebabkan itu telinga memerlukan penjagaan yang baik bagi mengelakkan sebarang kecederaan sehingga boleh menyebabkan pekak.

Justeru, berikut merupakan empat perkara yang perlu dielakkan:

AWASI tabiat yang biasa dilakukan kerana bimbang akan mencederakan bahagian telinga sehingga menyebabkan pekak.

1. Fon telinga

Mendengarkan muzik bukan sahaja mampu meningakatkan emosi seseorang. Bahkan ia juga mampu menguatkan ingatan.

Bukan sahaja muzik, menonton filem, konsert, permainan video atau audio bacaan dalam talian turut melibatkan penggunaan fon telinga.

Tetapi, sedarkah penggunaan fon telinga terlalu lama dengan volume tinggi mampu menjejaskan pendengaran.

Apabila sudah terbiasa mendengar bunyi yang kuat menerusi fon telinga, situasi itu akan menyukarkan kita untuk mendengar bunyi yang perlahan kelak.

2. Lilin telinga

Menurut perkongsian Instagram oke.dokter, penggunaan lilin telinga akan mengubah persekitaran dalam telinga menjadi lembap. Disebabkan itu, bakteria akan mudah menjangkiti bahagian telinga.

Tidak dinafikan penggunaan lilin telinga mampu membersihkan kotoran, tetapi harus diingat akan kesannya untuk jangka masa panjang.

Iklan

3. Putik kapas

Membersihkan telinga menggunakan putik kapas sudah menjadi kebiasaan pada semua peringkat usia. Meskipun sudah diamalkan sejak dulu lagi, namun yang pasti putik kapas bukanlah kaedah yang terbaik untuk membersihkan telinga.

Hal ini kerana kotoran yang ada di dalam telinga akan bergumpal dan menyekat saluran pendengaran sekali gus menjejaskan fungsi telinga.

4. Titis telinga

Iklan

Penggunaan ubat telinga sering digunakan bagi mereka yang mengalami masalah berdesing atau kotoran telinga terlalu keras. Namun, penggunaan ubat titis telinga perlu mendapat pengesahan pakar perubatan sebelum boleh digunakan.

Situasi ini bimbang sekiranya penggunaan ubat titis telinga yang terlalu kerap boleh menjejaskan pendengaran. Sebaiknya periksa dahulu kesan jangka masa panjang penggunaan ubat tersebut.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram