PERLU diakui kini kita terlalu banyak bergantung pada telefon pintar untuk menyimpan maklumat termasuk membuat kerja bagi sesetengah individu. Sebab itu bila tertinggal atau hilang kita jadi tak keruan. Betul tak?

Boleh dikatakan semua info ada di dalam handphone kita dari nombor telefon, emel sehinggalah urusan perbankan.

Disebabkan ia terlalu banyak menyimpan data peribadi maka telefon bimbit kita berisiko untuk dieksplotasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab atau dengan kata lain digodam.

Oleh itu sekiranya tujuh tanda-tanda ini berlaku pada telefon korang terutama ketika menggunakan wifi tempat terbuka maka hati-hati ya.

1. Bateri telefon cepat habis

Awas! 7 tanda handphone korang sedang digodam

Setiap telefon mempunyai kapasiti bateri yang berbeza dan sebagai pengguna telefon, pasti sudah boleh membaca hayat bateri telefon korang kan.

Tetapi jika tiba-tiba bateri telefon berkurang secara drastik dengan penggunaan yang normal kemungkinan besar kerana ada aplikasi yang tidak dikenali sedang beroperasi di sistem telefon tersebut.

Aplikasi tersebut kemungkinan adalah malware yang mampu mencuri data peribadi. Awas!

2. Telefon jadi panas tiba-tiba

Awas! 7 tanda handphone korang sedang digodam

Perkara ini akan terjadi jika ada aplikasi yang berjalan dalam sistem telefon. Jika ianya terjadi, disarankan untuk mengambil langkah untuk melihatnya di bahagian Settings > Developer options > Running services.

Jika korang menemui aplikasi yang tak dikenali, ‘delete’ dengan segera dan elakkan memuatnaik aplikasi dari sumber yang tidak boleh dipercayai.

3. Wifi aktif dengan sendiri

Awas! 7 tanda handphone korang sedang digodam

Wifi tiba-tiba aktif ketika berada di tempat umum. Perkara ini mungkin disebabkan korang sedang diperhatikan. Melalui Wifi umum, penggodam mudah menghantar virus dan mencuri data peribadi. Dahsyat bukan?

4. Berlaku crossline ketika membuat panggilan

Awas! 7 tanda handphone korang sedang digodam

Salah satu tanda telefon digodam ialah korang akan mendengar suara bising dan aneh ketika melakukan panggilan telefon. Perlu sentiasa beringat yer.

Iklan

5. Kuota internet cepat habis

Awas! 7 tanda handphone korang sedang digodam

Ia salah satu tanda ada aplikasi yang sedang mengirim data tanpa pengetahuan sipemilik telefon. Awas ya!

6. Menghantar mesej pelik

Awas! 7 tanda handphone korang sedang digodam

Sekiranya rakan atau famili korang menerima mesej berupa emel atau Facebook yang pelik daripada kebiasaan sedangkan korang tidak menghantarnya, besar kemungkinan juga ia sedang digodam.

Iklan

Begitu juga jika korang mula menerima banyak mesej yang pelik, ia juga tanda telefon sedang dipergunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

7. Iklan dan ‘pop up’ muncul

Awas! 7 tanda handphone korang sedang digodam

Ini adalah antara tanda paling nyata. Ia menandakan ada unsur luar sudah menceroboh.

Semoga bermanfaat dan perlu lebih berhati-hati selepas ini yer guys!

Sumber: Brightside & psafe.com