Awas hati-hati penggemar emas, tipu timbang taktik licik si penjual

A
A
A

KES peniaga emas menipu pembeli melalui timbangan berat menjadi-jadi kebelakangan ini.

Ada peniaga yang memasukkan logam lain di dalam barangan kemas yang dijual dengan tujuan menaikkan lagi berat barangan berkenaan.

Perkara itu sangat tidak bertanggungjawab!

Dengan itu, setelah menerima banyak aduan orang ramai, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat keputusan untuk mengambil tindakan membuat pemeriksaan ke kedai emas seluruh negara.

Tindakan pemeriksaan secara rawak ke atas kedai emas akan dibuat oleh KPDNHEP untuk memeriksa alat timbang bagi tujuan perdagangan barangan yang melibatkan emas.

Awas hati-hati penggemar emas, tipu timbang taktik licik si penjual

Artikel berkaitan: Jangan suka-suka kongsi akaun bank, silap gaya boleh dipenjara!

Peniaga emas yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menipu pembeli ketika membuat timbangan berikutan harga emas yang tinggi di pasaran.

KPDNHEP mengatakan dalam satu kenyataan, KPDNHEP boleh mengambil tindakan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972  kepada peniaga yang melakukan kesalahan menipu dalam  timbangan.

Setakat 31 Ogos 2020, KPDNHEP telah mengeluarkan 2,900 kompuan kepada peniaga yang menipu semasa timbangan dengan nilai rampasan RM1,823,983 dan nilai kompaun RM416,350.

Jadi, wahai penggemar emas, berhati-hatilah ketika membeli barangan kemas bagi mengelak ditipu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca