JIKA korang memiliki anak kecil bawah usia enam tahun, mohon waspada content video yang ditonton mereka.

Ini kerana terdapat empat filem animasi yang dilarang ditonton kanak-kanak kerana kebimbangan mengenai penggambaran stereotaip kaum (rasis).

Antaranya adalah filem Disney iaitu Peter Pan, Dumbo, dan The Aristocats serta filem keluarga yang berjudul Swiss Family Robinson.

Peter Pan dihasilkan pada tahun 1953 kini dianggap terlalu menyinggung perasaan penonton.

Menurut Tribunnewa memetik Daily Star, filem tersebut dihapuskan oleh Disney.

Sebab utama larangan itu adalah kerana ia menampilkan suku-suku Asli Amerika yang disebut sebagai 'kulit merah'.

Kemudian filem tahun 1970, The Aristocats juga mempunyai nasib yang sama.

Filem ini menampilkan watak kucing bernama Shun Gon (kor) yang mempunyai mata yang sempit dan gigi yang menonjol yang digambarkan sebagai karikatur orang Asia Timur.

Iklan

Selain itu, kartun berjudul Dumbo yang diterbitkan pada 1941 pula menceritakan kisah seekor gajah yang terbang di dunia fantasi.

Baca juga Betul ke garam Himalaya lebih sihat? Ini jawapannya…

Filem ini dituduh mengejek orang Afrika-Amerika di perkebunan Selatan.

Pada satu ketika semasa selingan muzik, seorang pekerja kulit hitam berwajah malas bekerja bersama lirik lagu mengatakan 'apabila kami mendapat bayaran, kami membuang semua wang'.

Iklan

Filem bertema keluarga, Swiss Family Robinson pula dikeluarkan pada 1960.

Ia dikritik kerana lanun memaparkan 'wajah kuning' dan 'wajah coklat'.

Keempat-empat filem tersebut gagal mendapat kelulusan 'penasihat kandungan' baru-baru ini dan mengejutkan ibu bapa yang membayar £ 5.99 (RM33.10) sebulan untuk perkhidmatan Disney TV.

Salah seorang dari mereka berkata hasrat ingin menonton Peter Pan bersama anak perempuannya, tetapi tidak dapat menjumpainya di mana-mana.

"Kemudian saya menyedari mereka semua telah dihentikan. Itu mengejutkan," katanya.

Disney telah mengkaji kandungannya untuk isu-isu seputar stereotaip kaum, keputusan untuk melarang filem itu dibuat oleh pakar luar untuk menilai apakah kandungannya 'mewakili penonton global'.

The Sun turut mengatakan Disney menerapkan grafik peringatan selama 12 saat pada awal setiap filem disiarkannya.

Disney komited untuk mencipta cerita dengan tema inspirasi dan aspirasi yang mencerminkan kepelbagaian pengalaman manusia di seluruh dunia.