AWAS pencinta Nugget, bukan hanya mampu menggemukkan, malah ia diperbuat daripada lemak dan tulang ayam sahaja!

AWAS pencinta Nugget, bukan hanya mampu menggemukkan, malah ia diperbuat daripada lemak dan tulang ayam sahaja!
AWAS pencinta Nugget, bukan hanya mampu menggemukkan, malah ia diperbuat daripada lemak dan tulang ayam sahaja!
A
A
A

JIKA korang merasakan nugget adalah pilihan yang baik dan mudah untuk menggantikan sumber protein daripada daging ayam, fikirkan semula!

“Autopsy” yang dilakukan oleh pengkaji terhadap nugget ayam menemui sebahagian besar nugget ayam TIDAK mengandungi daging putih ayam sebaliknya bahan bahan lain daripada ayam seperti kulit, tulang, saluran darah dan komponan ayam. Ia sebenarnya hanya menggunakan daging sebenar sebanyak 40-50 peratus sahaja.

Seperti perkongsian yang dikongsi oleh Public Health Malaysia di laman Facebook beberapa hari lalu, bagi meningkatkan rasa untuk bertahan lama, garam dan bahan pengawet dicampur ke dalam adunan nugget tersebut.

Kandungan garam yang tinggi adalah punca kepada peningkatan tekanan darah dan pengambilan kalori tinggi nugget juga boleh menyebabkan kegemukan.

https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/photos/a.1715215348768330/2676104252679430/?type=3&theater

Jadi, awas korang kajilah dan fakta telah membuktikan.

Makanan segera seperti ini merupakan sejenis makanan ultra- processed yang sememangnya bukan pilihan yang baik jika korang mengutamakan kesihatan.

Jadi hati-hati jika sebelum ini korang gemar atau fikirkan nugget itu berkhasiat kerana ia adalah makanan ultra-processed.

Bukan kata tak boleh makan langsung, tapi cuba elakkan mengambilnya dengan kerap dan terlalu banyak!

Sumber: Public Health Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca