WALAUPUN kebanyakan pesakit yang mendapat jangkitan Covid-19 kembali pulih seperti sedia kala dan berupaya untuk melaksana aktiviti harian mereka, ada sesetengah kumpulan akan terus mengalami gejala berlanjutan tanpa diagnosis alternatif, yang dipanggil ‘Long Covid’.

Gelaja yang berpanjangan ini boleh memberikan kebingungan dan ketidaktenteraman kepada pesakit.

Bila dan siapakah yang berisiko untuk mengalami gejala berpanjangan? Ini penjelasan Pakar Perubatan Keluarga, UiTM Private Specialist Center (UPSC) & Fakulti Perubatan UiTM, Dr Khasnur Abd Malek.

Berdasarkan Centers for Disease Control and Prevention (CDC), gejala berpanjangan ini boleh dialami secara berterusan melebihi beberapa minggu atau bulan setelah pertama kali dijangkiti virus Covid-19 atau individu bolen mendapat mendapat gejala baru yang tidak ada semasa waktu jangkitan awal.

Gejala berterusan selepas jangkitan Covid-19 ini boleh dihadapi oleh mereka yang telah dijangkiti virus Covid-19 secara serius atau tidak dan juga boleh berlaku kepada mereka yang tidak bergejala.

Gejala berpanjangan Covid-19 ini seringkali mempengaruhi banyak sistem didalam badan. Ia mempunyai episod yang turun naik dan berubah mengikut masa.

Kaji selidik daripada pesakit dengan Covid-19 yang telah keluar dari hospital di Wuhan China menunjukkan 70% pesakit akan mengalami gejala berterusan.

Gejala yang paling ketara dan kerap dilaporkan adalah keletihan atau kelemahan otot (63%) and kesukaran untuk tidur (26%). Ini diikuti dengan masalah kebimbangan atau kemurungan (23%).

Bagi pesakit yang mendapat jangkitan serius semasa di hospital, mereka menunjukkan masalah kronik di organ paru-paru yang menyebabkan pengurangan oxygen didalam badah dan kelesuan semasa menjalankan aktiviti harian.

Pesakit Covid-19 yang tidak menjapat jangkitan serius juga boleh berisiko untuk mendapat gejala yang berterusan.

Data dari dari USA menunjukkan 30% daripada pesakit Covid-19 yang mendapat jangkitan tidak serius dan dirawat di klinik pesakit luar, menunjukkan gejala berpanjangan dan masih tidak mampu untuk menjalankan aktiviti harian sepenuhnya seperti sebelumnya.

Antara gejala berlanjutan yang telah di laporkan adalah:

  • sakit kepala
  • kerap lupa
  • kepenatan
  • susah bernafas
  • kebas di anggota badan
  • kehilangan deria rasa
  • kurang upaya untuk focus
  • berdebar dan sebagainya.

Punca sebab gejala panjang Covid-19

Terdapat banyak teori yang diguna pakai oleh doctor untuk menguraikan penjelasan patofisiologi gejala berterusan Covid-19 ini.

Antara penjelasan kepada gelaja ini adalah kerana tindak balas keradangan menyeluruh, tindabalas auto-antibodi, atau kemungkinan keberadaaan virus yang sudah mati didalam yang masih memberikan reaksi tindak balas yang berpanjangan kepada sistem tubuh.

Selain itu, kerosakan ordan semasa jangkitan awal dan ketidak stabilan masalah kesihatan boleh juga menjadi penyumbang.

Setakat ini, punca sebenar kepada gejala berpanjangan Covid-19 ini masih tidak diketahui dan rawatan yang diberikan adalah dikhususkan secara individu, bergantung kepada gejala yang dialami.

Kebanyakan pesakit akan memerlukan sedikit masa untuk betul-betul pulih. Majoriti daripada pesakit akan menunjukan peransuran gejala dengan sendiri.

Tetapi, akan ada sesetengah pesakit, yang memerlukan penjagaan kesihatan daripada pelbagai disiplin dan perlu untuk mendapat khidmat dan peralatan tambahan seperti peralatan keperluan oxygen dirumah dan keperluan untuk menghadiri sesi fisioterapi atau rehabilitasi untuk membantu proses penyembuhan.

Cara kerajaan China atasi isu kesihatan mental yang dialami frontliner Covid-19

Pengalaman dengan pesakit Covid-19 yang bergejalan berpanjangan

Iklan

Banyak kajian kualitatif yang rancak dijalan keatas pesakit Covid-19 diserata negara untuk memahami dengan lebih mendalam pengalaman mereka dalam mengharungi gejala berpanjangan ini.

Kajian di United Kingdom dikalangan doktor yang mengalami gejala Covid-19 berpanjangan mendapati meraka sangat risau dan keliru dengan gejala yang dialami kerana ciri-ciri gejala adalah yang jarang berlaku dan sukar diramalkan.

‘Terasa pelik kerana satu minit, saya boleh berjalan menaiki tangga dan merasa sihat dan pada minit berikutnya, apabila saya berjalan, semua otot saya menjadi sangat sakit seperti membubuh saya.’

Pengalaman saya dalam merawati bekas pesakit Covid-19 di klinik perubatan primer, bagi pesakit yang telah pun 5 bulan melewati waktu awal jangkitan rata-rata mengatakan yang mereka masih belum dapat berasa kesedapan badan yang mereka pernah rasai sebelum jangkitan Covid-19.

Mereka ini adalah pesakit yang mendapat jangkitan serius dah telah mendapat radang paru-paru diawal jangkitan.

‘Belum rasa sihat’ adalah perkataan yang kerapkali diucapkan pesakit dan apabila kesihatan mereka diterokai dengan lebih lanjut, mereka mengatakan yang makanan sekarang tidak lagi rasa se enak dulu kerana deriasa rasa sudah berkurang, badan terasa mengah dengan cepat dan kerapkali, terlupa dengan temujanji walaupun temujanji itu baru sahaja dijanjikan pagi ini.

Kajian juga mendapati kebanyak pesakit yang menpunyai gelaja berterusan, tidak dapat untuk berfungsi seperti sediakala. Walaupun ada yang telah pulang bekerja, kemampuan untuk memberi fokus dan kecekapan dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan masih sangat berkurang.

"Ingat demam biasa, lepas seminggu sah positif. Perasaan koyak anak 8 bulan pun kena"- Peguam dedah pengalaman Covid-19

Iklan

Nasihat kepada pesakit

Adalah penting untuk bekas pesakit Covid-19 memahami dan mengetahu bahawa gejala COVID berpanjangan ini wujud. Mereka perlu sedar yang mereka ada risiko untuk mengalami gejala berterusan ini.

Memaksa diri untuk berfungsi melebihi kemampuan tidak akan dapat memberikan kebaikan malah, amat membimbang, dan ia boleh memberi tekan kepada emosi dan mental dan menyebabkan masalah kemurungan, kerisauan dan kesedihan.

Baca juga [VIDEO] Pakar IJN kongsi cara yang betul pakai double mask. Mudah saja!

Jika anda adalah bekas pesakit Covid-19 dan mempunyai gejala yang anda tidak pasti sebabnya atau bimbang dengan gejala anda yang sudah berpanjangan, anda bolehlah berhubung dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut.

Terdapat banyak hospital dan juga klinik kesihatan yang sudah mula mengatur langkah strategik untuk memberi rawatan yang comprehensif dan berkesan kepada pesakit Covid-19 yang mempunyai gejala berpanjangan ini.