SEJAK minggu lepas lagi, rata-rata di antara kita sering bercakap mengenai topik pemakaian double mask atau pelitup muka berganda demi untuk mengelak virus Covid-19.

Apa yang pasti, topik hangat itu mula menjadi bualan ramai selepas tular beberapa foto memperlihatkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenakannya.

Foto: BERNAMA.

Sejurus itu, beliau mengesahkan sendiri semasa sidang media harian beberapa hari lalu.

Dalam sidang media yang sama, beliau turut berkongsi cara menggabungkan pelitup muka yang bersesuaian iaitu dengan surgical mask (pelitup muka pembedahan) dan cloth mask (pelitup muka jenis fabrik).

Bagaimanapun, masih ada yang mempersoalkan mengenai tatacara bagi mengenakannya dengan teknik yang tepat.

Ini kerana Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat hanya berkongsi panduan menggunakan gambar berbentuk infografik sahaja.

Jadi, ia sedikit sebanyak mendatangkan kekeliruan kepada sesetengah rakyat Malaysia.

Iklan

Jadi, bagi memudahkan para pembaca, berikut SinarPlus kongsikan video panduan menggunakan double mask atau pelitup muka berganda seperti yang ditunjukkan oleh seorang Pakar Kardiologi, Institut Jantung Negara, Dr Beni Rusani menerusi akaun TikToknya.

@drbenirusani2 lapisan mask lawan covid

♬ House MD: Main Title Theme – Global Stage Orchestra

Video yang telah dimuat naiknya itu semalam jelas menunjukkan panduan pemakaian double mask dengan teknik yang betul.

Iklan

“Ingat, pakai surgical mask terlebih dahulu barulah diikuti cloth mask ya,” pesan beliau.

Baca juga: Face mask bukan untuk bergaya, Dr Noor Hisham galakkan guna double mask

Mudah bukan? Selamat mencuba!