LEBIH 80 peratus penduduk negara ini memilih penggunaan Liquefied petroleum gas (LPG) untuk memasak.

Kejadian tong gas meletup salah satu kemalangan yang boleh berlaku sekiranya terdapat kebocoran pada tong berkenaan.

Dua beranak melecur susulan kejadian tong gas meletup di kediaman mereka Georgetown baru-baru ini.

Gambar hiasan.

Seorang lelaki, Mahari Md. Noor, 47, dan anak bongsunya, Nurul Atiqah mahani, 14, melecur teruk seluruh anggota badan dan kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Keadaan mereka dilaporkan stabil. Mahari dijangka menjalani satu pembedahan menampal luka melecur.

Menurut isterinya, Rosilawati Abdul Rahim, 44, Mahari kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 2.30 pagi.

“Tak sempat dia sentuh tong gas, tiba-tiba meletup.

“Bunyi letupan sangat kuat seperti dipanah petir dan bergegar rumah. Ketika itu, anak (Nurul Atiqah) ada di belakangnya,” katanya kepada portal berita tempatan.

Gambar hiasan.

Suri rumah yang tinggal di Apartment Saujana Heights, Teluk Kumbar itu berkata, suaminya mengalami kesan terbakar 50 peratus pada badannya susulan letupan berkenaan.

Anak mereka, Nurul Atiqah pula cedera tangan dan kaki manakala sebahagian rambutnya terbakar.

Bunyi seperti air tidak ditutup

“Ketika itu, kami sekeluarga termasuk dua lagi anak hendak masuk tidur. Suami terdengar seperti air di dalam tandas tidak ditutup dan keluar melihatnya. Ruang masak terletak di belakang tandas.

“Tak sempat dia sentuh tong gas, bahan bakar itu tiba-tiba meletup. Saya kemudian mendengar suara anak mengerang kesakitan dan terus ke dapur.

Iklan

“Saya terkejut melihat anak dalam keadaan sudah terbaring manakala suami sempat berdiri dan meminta memanggil jiran,” katanya.

Gambar hiasan.

Kata Rosilawati, mujur anak lelakinya pantas memadamkan api di kawasan letupan gas berlaku dengan alat pemadam api yang terdapat di rumah mereka.

Perlu diketahui bahawa gas LPG tidak berbau dan berwarna. Malah gas berkenaan juga lebih berat daripada udara dan ringan berbanding air.

Sejenis bahan kimia khas yang bertindak balas secara positif dengan komponen LPG dimasukkan menyebabkan apabila berlaku kebocoran gas, ia mengeluarkan bau busuk agar senang dikesan jika berlaku kebocoran.

Iklan

Gas memasak seumpama bom jangka, perlu dijaga sebaiknya.

Bersama ini, SinarPlus kongsikan beberapa info dan panduan berkaitan keselamatan dan cara menyimpannya.

10 info tentang gas memasak, penting untuk mengelak tong gas meletup

1.Elakkan menggunakan hos gas plastik lut sinar kerana hos tersebut mudah mengeras dan patah jika digunakan agak lama. Disyorkan menggunakan hos getah yang mempunyai ketahanan tinggi yang biasanya diperbuat daripada getah lebih tebal dan berwarna hitam. Pastikan ia mempunyai tanda pengesahan SIRIM.
2.Gunakan alat atur (regulator) yang mempunyai pengesahan SIRIM dan tidak disyorkan menggunakan alat atur yang tiada pengesahan SIRIM.
3.Tempoh pemakaian hos adalah sehingga dua tahun saja, atau sekiranya sudah keras, tukar hos apabila perlu. Manakala bagi alat atur pula disarankan ditukar lima tahun sekali.
4.Pastikan jarak antara silinder gas dengan alat memasak antara 1 ke 1.5 meter. Alat memasak perlu diletakkan lebih tinggi dari silinder.
5.Jangan simpan silinder gas di tempat tertutup dan tidak mempunyai pengaliran udara yang baik.
6.Bau pelik atau busuk daripada silinder gas bermakna ada kebocoran. Tutup semua punca api dan jangan gunakan peralatan elektrik.
7.Guna air sabun untuk mengesan kebocoran gas. Jika terdapat buih, bermakna ada kebocoran berlaku. Buka alat atur gas dan alihkan silinder ke tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik.
8.Pastikan tong gas memasak sentiasa dalam keadaan tegak dengan injapnya di atas. Jangan letakkan tong gas dalam posisi baring!
9.Sentiasa pastikan pengudaraan yang baik dan jangan tinggalkan ketika sedang memasak.
10.Tutup peralatan memasak dan buka injap alat atur gas jika tidak digunakan.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!