BAGI menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan melancarkan skim peduli kesihatan untuk kumpulan B40 (berpendapatan di bawah RM4,850) iaitu PeKa B40 dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).

Kini pendaftaran Klinik Perubatan Swasta Umum sebagai Klinik PeKa B40 telah bermula.

PeKa B40 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, dikenali sebagai kumpulan B40.

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangan mereka yang berdaftar pada tahun 2019, berumur 40 tahun dan ke atas secara automatik layak menyertai PeKa B40. Tiada pendaftaran khusus diperlukan untuk menyertai PeKa B40.

Kelebihan Penglibatan Dalam PeKa B40;

  • Tiada penglibatan MCO/TPA
  • Tiada sebarang yuran pendaftaran dan retainer fee
  • Tiada fee-splitting antara makmal dan GP
  • Tidak perlu membayar apa-apa kepada makmal. Consumables akan disediakan oleh pihak makmal yang berdaftar
  • Tidak perlu membeli sistem IT khas
  • Potensi mendapat klien baru
  • Membantu golongan yang berpendapatan rendah B40
  • Penglibatan adalah secara sukarela

PeKa B40 diwujudkan bagi;

• Beban Penyakit Tidak Berjangkit

Kadar penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, kencing manis, dan tahap kolesterol tinggi semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi dalam kumpulan B40.

• Kesihatan Mental

3 daripada 10 orang dewasa menderita masalah kesihatan mental. Kumpulan B40 mencatat kadar yang lebih tinggi, iaitu 32% berbanding 28% bagi kumpulan bukan B40.

• Beban Kanser

Kejadian kanser semakin meningkat. Lebih membimbangkan lagi apabila 60% dikesan pada peringkat lewat, di mana peluang untuk sembuh adalah jauh lebih rendah.

• Rawatan Kanser

Ramai pesakit tidak melengkapkan rawatan kanser dan hanya kembali semula ke hospital apabila sudah tenat. Ini menipiskan peluang sembuh dan meningkatkan kos rawatan.

• Kos Alat Perubatan

Walaupun rawatan di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia diberi subsidi yang tinggi daripada kerajaan, sebahagian kos alat perubatan masih perlu ditanggung oleh pesakit seperti kos untuk perentak jantung, implan untuk tulang belakang, dan sebagainya. Ini mengenakan beban kewangan kepada mereka yang tidak mampu.

• Masalah Pengangkutan

Ramai pesakit yang kurang berkemampuan, terutamanya dari kawasan pedalaman, tidak meneruskan rawatan akibat kekangan kewangan untuk membayar tambang pengangkutan.

Bantuan perubatan percuma untuk golongan B40, sedia 4 manfaat utama

PeKa B40 menawarkan 4 manfaat;

i. Saringan Kesihatan
ii. Bantuan Alat Perubatan
iii. Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
iv. Insentif Tambang Pengangkutan

Saringan kesihatan boleh dilakukan di;

Iklan
  • Di mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40 dan mempunyai
    pelekat PeKa B40 di pintu klinik.
  • Senarai Klinik PeKa B40 boleh dirujuk di www.pekab40.com.my bermula April 2019.
  • Di mana-mana Klinik Kesihatan Kerajaan.

PeKa B40 diperkenalkan sejak April 2019 untuk golongan berusia 50 tahun namun had umur bagi permohonannya diturunkan kepada individu 40 tahun pada awal Ogos 2019 oleh Menteri Kesihatan ketika itu, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Itu adalah usaha membolehkan lebih ramai golongan berpendapatan rendah melakukan saringan kesihatan dan menjalani rawatan lebih awal.

Baca juga Bantuan khas penjawat awam RM600 dibayar 25 Januari ini

Iklan

Layari www.pekab40.com.my untuk maklumat lanjut serta semak kelayakan dengan hanya memasukkan nombor MyKad dan kombinasi maklumat lain untuk tujuan keselamatan (contoh poskod, no MyKad pasangan, no telefon bimbit).

Jom rebut peluang yang disediakan, segeralah daftar sebagai Klinik PeKa B40!