UBI keledek ungu biasanya digunakan dalam masakan sebagai hidangan petang dalam bentuk gorengan atau kuih seperti lepat dan kuih talam.

Di negara ini, walaupun ubi keledek ditanam dengan meluas tetapi ramai yang tidak mengetahui mengenai tanaman ini.

Jangan lupa follow kami di Instagram.

Khasiat ubi keledek ungu jarang diketengahkan sedangkan ia mempunyai pelbagai khasiat seperti vitamin B, C dan E, zat mineral, beta karotin, protein dan kanji.

Kandungan anthocyanin dalam ubi keledek mempunyai kelebihan termasuk melindungi kerosakan DNA, membantu mengurangkan perkembangan sel kanser, menstabilkan penyakit kencing manis serta meningkatkan daya ingatan.

Menurut pakar otak dan kesihatan, Dr Rizal Abu Bakar, ubi keledek ungu merupakan ‘Super Food’.

Antara khasiat ubi keledek ungu adalah;

1. Anti oksida yang tinggi selain ia juga anti radang.

2. Bagus untuk otak dan usus.

3. Saiz sederhana besar bekalkan 400 peratus vitamin A. Vitamin A perlu untuk kulit dan mata. Zaman ber’smart phone’ ini penting ambil vitamin A supaya mata tajam menikam walau dalam kelam. Pandangan tidak suram.

4. Dalam kajian Journal Food Functional 2015, keledek ungu turunkan uric asid sebanyak 30 peratus. Terima kasih pada anti oksidanya – anthocyanins.

5. Dengan fiber yang tinggi ia tinggikan rasa kenyang. Laporan tentang ubi ini turunkan berat badan ada di Journal Nutritional Research 2011. Berat turun seawal minggu ke empat pengambilan.

Baca juga Elak berasa lapar ketika berpuasa, berikut hidangan yang patut diambil untuk kekal bertenaga

Banyak khasiatnya patutlah ubi keledek ungu termasuk 'Super Food'

Antara kelebihan lain;

1. Vitamin B6

Ubi keledek mengandungi vitamin B6 yang membantu mengurangkan larutan kimia homosisteina di dalam badan. Homosisteina dikaitkan dengan penyakit degeneratif termasuk serangan jantung.

2. Vitamin C

Vitamin C di dalam ubi keledek penting untuk pembentukan tulang dan gigi, penghadaman, dan pembentukan sel darah. Ia juga baik untuk menyembuhkan selesema dan virus influenza. Vitamin C juga mempercepatkan penyembuhan luka dan menghasilkan kolagen yang membantu mengekalkan keanjalan kulit bak remaja.

3. Ubi Keledek mengandungi besi (iron).

Ramai orang tidak menyedari bahawa kite memerlukan galian besi yang membantu kita untuk mempunyai tenaga yang mengcukupi serta memainkan peranan yang penting didalam badan manusia seperti pengeluaran sel darah merah dan putih, ketahanan terhadap tekanan, fungsi imun dan metabolisme protein.

4. Magnesium

Iklan

Ubi keledek merupakan sumber magnesium. Magnesium penting untuk kesihatan arteri darah, tulang, jantung, otot, dan fungsi saraf.

5. Pottasium

Potassium yang diketahui ada di dalam pisang juga turut ada di dalam ubi keledek. Potassium mengawal degupan jantung dan signal saraf. Ia juga melegakan pengecutan otot, mengurangkan bengkak, dan melindungi serta mengawal aktiviti buah pinggang.

Baca juga 3 langkah mudah buat Air Nabeez, Susu Kurma berkhasiat pemberi tenaga

6. Gula

Rasa ubi keledek yang semulajadi manis tidak bermakna ia tidak baik untuk kesihatan. Ia dilepaskan dengan perlahan ke dalam darah untuk memastikan keseimbangan sumber tenaga.

Iklan

7. Karotenoid

Warna oren pada ubi keledek menunjukkan yang ia tinggi karotenoid seperti beta karoten dan sejenisnya. Karotenoid membantu menguatkan penglihatan dan menggalakkan ketahanan kita kepada penyakit. Ia merupakan anti oksidan kuat yang mencegah kanser dan melindungi diri daripada tanda-tanda penuaan.

Jadi, bolehlah cuba masak ubi keledek ungu dengan kreativiti masing masing. Yang penting hidup akan lebih sihat.

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI