Banyaknya hutang nak settle... Ini cara paling senang nak simpan RM400-RM1000 sebulan

Banyaknya hutang nak settle... Ini cara paling senang nak simpan RM400-RM1000 sebulan
Banyaknya hutang nak settle... Ini cara paling senang nak simpan RM400-RM1000 sebulan
A
A
A

SUSAH nak menyimpan setiap bulan? Ada sahaja nak bayar itu ini kan.

Lagilah jika hutang yang agak banyak perlu dilunaskan setiap bulan...

Kata orang, antara punca dalam kalangan kita ada masalah duit adalah disebabkan tak ada simpanan. Betul ke?

Apa kata kita belajar buat simpanan kecil-kecil seperti yang dikongsi Eyfa Emir ini.

Nampak sahaja kecil, tapi boleh simpan RM400-RM1000 sebulan tau!

Kata Eyfa, kalau ikut statistik AKPK, lima daripada 10 orang rakyat Malaysia tak ada simpanan sekurang- kurangnya RM1000.

"Dulu saya pun takde simpanan. Yelah, gaji cukup-cukup je setiap bulan. Paling sadis, ada yang cuma gaji RM2000 tapi belanja wajib RM3000. Ouchhhh! Sakitnya tuh di sini.

Mari kita hadam perkongsiannya bagaimana tiga cara atau seni menyimpan yang praktikal.

Semoga dapat bantu anda mula buat simpanan sebelum langsai hutang.

1. Sediakan tabung

  • Boleh guna apa-apa bekas yang ada kat rumah
  • Eyfa guna tin biskut je
  • Tak pun beli kat kedai RM2  Comel-comel jugak
  • Letak tabung kat tempat yang senang nampak. Jadi bila ada duit je terus masukkan dalam tabung

2. Belajar minta diskaun

  • Lepas ni kalau pergi mana-mana, cuba minta diskaun
  • Walaupun diskaun RM1, terima je. Balik rumah simpan RM1 dalam tabung
  • Memang tak semua kedai bagi diskaun, tapi cuba je minta
  • Untung nasib timbul, untung batu tenggelam. Eh, sesuai ke peribahasa ni? Haha. Apa-apa jelah.

Artikel berkaitan: Alhamdulilah, TNB bagi diskaun bil elektrik sehingga Disember

3. Bayar setiap kali masuk toilet

  • Buat toilet rumah macam toilet public
  • Setiap kali nak masuk toilet bayar:

    -50 sen untuk buang air

    -RM1 untuk mandi

  • Jangan terkejut, lepas 30 hari berapa banyak duit boleh

    simpan

Ye faham, nampak mengarut dan leceh. Tapi ni adalah seni menyimpan yang kreatif untuk galakkan kita menyimpan. Kalau tak bila lagi?

Selama ni sifu-sifu kewangan selalu ajar simpan 10% daripada gaji atau pendapatan. Hakikatnya tak semua mampu buat. Disebabkan tight budget dan cashflow yang negatif.

Jadi cuba anda buat tips yang simple ni. Nanti tengok hasilnya sendiri. Semoga bermanfaat.

Sumber: Eyfa Emir

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca