KERAJAAN amat prihatin dan menyedari bahawa terdapat peminjam PTPTN yang masih terkesan dengan pandemik Covid-19 ini untuk membuat bayaran balik pinjaman pada tahun ini.

Sehubungan itu, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pelanjutan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN seperti yang diumum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) berjumlah RM15 bilion.

Kini, peminjam yang ingin memohon penangguhan bayaran balik pinjaman perbadanan itu boleh mengemukakan permohonon melalui portal rasmi PTPTN di http://www.ptptn.gov.my/PenangguhanKhasBayaranBalik  bermula hari ini hingga 31 Mac 2021.

PTPTN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan semasa permohonan.

“Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN akibat bencana banjir ini akan diberikan untuk tempoh tiga bulan bermula pada bulan sama kelulusan permohonan diberikan PTPTN dan dua bulan ke hadapan antara Januari hingga Mei 2021.

“Kelulusan penangguhan akan dimaklumkan kepada peminjam melalui e-mel yang dikemukakan dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh peminjam mengemukakan permohonan,” menurut kenyataan itu.

Peminjam juga diingatkan untuk mengemas kini maklumat perhubungan yang tepat dan terkini bagi memastikan maklumat kelulusan permohonan penangguhan itu dapat disampaikan kepada peminjam.

Baru sahaja dibuka untuk permohonan, sitem penangguhan PTPTN kini ditutup semulaUntuk maklumat dan pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi talian mesra PTPTN melalui talian 0321933000 yang beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, pukul 9 pagi hingga 5 petang atau melayari portal rasmi www.ptptn.gov.my di ruangan soalan lazim.

Iklan

Sementara itu, Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata, semua pegawai di PTPTN harus memastikan proses mendapatkan penangguhan ini berjalan dengan kaedah yang paling mudah dan berkesan untuk rakyat.

“Kita tidak mahu birokrasi yang berlebihan dalam melaksanakan program bantuan ini,” katanya.

Dalam pada itu, hasil tinjauan SinarPlus, kini sistem permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN telah pun ditutup sementara walaupun ia baru sahaja dibuka untuk permohonan hari ini.

Iklan

Menurut poster yang dilampirkan oleh portal tersebut ia adalah disebabkan proses penyelenggaraan sedang dilakukan mungkin disebabkan oleh aliran trafik yang sangat tinggi dan jangkaan jangka masa ia selesai juga tidak dimaklumkan.

Sebarang masalah yang dihadapi mohon salurkan ke saluran Media Sosial Rasmi PTPTN.