Basuh pakaian guna mesin automatik, ini fungsi butang ‘soak’ atau ‘tub cleaning’ yang perlu dimanfaatkan

PERNAH atau tidak ibu-ibu atau kita sendiri membasuh kain menggunakan mesin automatik, tetapi pakaian masih berbau hapak?

Sudah pelbagai cara dicuba bagi mengatasi bau itu, antaranya menggunakan pewangi atau pelembut pakaian, namun, pakaian masih mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Bukan itu sahaja, ditambah pula dengan habuk atau kerak-kerak hitam yang masih melekat.

Iklan
Iklan

Sebenarnya, jika anda semua ingin tahu, itulah ‘signal’ daripada mesin basuh yang menunjukkan peralatan itu perlu dicuci.

Melalui satu perkongsian di Facebook Ika Hazman baru-baru ini, beliau berkongsi kaedah mudah mengatasi segala masalah tersebut dengan mudah.

“Ya, mesin basuh pun kena basuh walaupun kerjanya membasuh baju setiap hari.

“Fungsi butang ‘soak’ atau ‘tub cleaning’ pada mesin basuh bukan hiasan semata-mata ya. Ada gunanya iaitu untuk membuat cleaning tub mesin yang berkerja setiap kali membasuh,” tambah beliau.

Berikut proses mencuci mesin basuh menurut perkongsian beliau:

1. Tekan ON
2. Pilih dan tekan program SOAK atau TUBE CLEANING. Kemudian, tekan START.
3. Apabila mesin sudah mula mengisi air sehingga tub hampir penuh, masukkan CUKA dan SODA BIKARBONAT.

“Sukatan cuka dan soda bikarbonat itu boleh agak-agak sahaja. Memadai dengan memasukkan suku cawan cuka dan 2 hingga 3 sudu soda bikarbonat.

“Selepas itu, tutup bahagian atas mesin basuh dan biarkan sehingga proses itu selesai.

“Cuma apabila buat sesi mencuci mesin basuh tadi janganlah letak kain pula ya,” pesannya.

Jadi, apa lagi, bolehlah cuba, seelok-eloknya lakukan dua bulan sekali agar mesin basuh kita dapat berfungsi seoptimum mungkin.

Baca juga: Elak cuci tudung guna mesin basuh, ikuti 5 langkah mudah ini

Tidak mustahil juga mesin basuh di rumah akan rosak kerana sudah terlalu banyak habuk dan kotoran yang terkumpul.

Baca juga: Pakaian anak bernajis, boleh ke terus basuh guna mesin?

Oleh itu, boleh amalkan tip di atas agar mesin basuh sentiasa bersih dan tidak cepat rosak. Semoga bermanfaat!

Share
Farah Eliani

 

Recent Posts

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

1 hour ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

15 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

19 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

20 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

20 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

23 hours ago