Bayar zakat simpanan, pelaburan: Maybank Islamic mudahkan segalanya
Bila sebut tentang zakat simpanan dan pelaburan, ramai yang mungkin terfikir, "Aduh, macam mana nak kira ni? Nanti terlupa bayar pula." Tapi, tak perlu risau lagi! Maybank Islamic kini menyediakan cara yang sangat mudah dan cepat untuk anda melaksanakan kewajipan ini melalui aplikasi MAE dan laman sesawang Maybank2u.
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam. Ianya bukan sahaja untuk memenuhi tuntutan agama, tetapi juga untuk membantu golongan yang memerlukan. Dan sekarang, Maybank Islamic membuatkan urusan ini lebih senang dan tak perlu pening kepala!
Apa itu zakat simpanan dan pelaburan
Zakat simpanan dan pelaburan adalah zakat yang perlu dibayar ke atas harta seperti wang simpanan dan pelaburan anda yang memenuhi syarat tertentu.
Kadar yang dikenakan adalah 2.5 peratus daripada jumlah harta yang melebihi nisab (jumlah minimum yang ditetapkan) dan cukup haul (tempoh setahun).
Dalam konteks simpanan dan pelaburan, ia merangkumi akaun simpanan, akaun semasa, Daily Fund-i, Term Deposit, dan Term Fund-i yang anda miliki.
Auto Debit untuk zakat
Maybank Islamic memperkenalkan perkhidmatan Auto Debit untuk zakat simpanan dan pelaburan yang boleh diakses melalui aplikasi MAE dan laman sesawang Maybank2u.
Apa yang menarik, perkhidmatan ini membolehkan anda menyatukan pembayaran zakat untuk semua akaun simpanan dan pelaburan anda ke dalam satu sistem automatik.
Maksudnya, tak perlu risau tentang terlupa bayar zakat atau pengiraan yang rumit. Semuanya dijaga oleh Maybank Islamic!
Langkah mudah bayar zakat melalui aplikasi MAE
Nak tahu bagaimana mudahnya guna perkhidmatan ini? Ikuti langkah-langkah mudah ini:
1. Log masuk ke aplikasi MAE atau Maybank2u – Pastikan anda ada akaun simpanan,semasa, Daily Fund-I, Term Deposit atau Term Fund-i di Maybank Islamic.
2. Pilih perkhidmatan Auto Debit Zakat – Dalam aplikasi, cari pilihan untuk ‘Auto Debit Zakat’ di bahagian 'Apply'.
3. Tetapkan amaun zakat – Jangan risau, Maybank Islamic akan kira zakat secara automatik mengikut jumlah keseluruhan akaun simpanan atau pelaburan anda. Jumlah ini akan ditolak secara terus dari akaun anda tanpa sebarang caj tambahan.
4. Tunggu notifikasi – Selepas pembayaran zakat berjaya dibuat, anda akan terima pemberitahuan melalui aplikasi MAE. Mudah, kan?
Bila zakat akan dipotong
Maybank Islamic akan membuat pengiraan zakat simpanan dan pelaburan setiap tahun pada 31 Oktober dan pembayaran dilakukan pada 7 November. Kalau ada masalah baki tidak mencukupi, jangan risau – percubaan kedua akan dibuat pada 14 November. Jadi, anda ada masa untuk pastikan baki dalam akaun mencukupi!
Dengan perkhidmatan ini, anda tak perlu risau tentang kesilapan dalam pengiraan zakat. Sistem automatik Maybank Islamic memastikan zakat dikira tepat mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Semua pembayaran zakat untuk akaun patuh Syariah anda akan disatukan dalam satu penyata.
Dengan Auto Debit ini, anda boleh laksanakan kewajipan zakat setiap tahun tanpa risau terlupa atau tersilap kira. Hanya rehat dan biarkan Maybank Islamic uruskan segalanya untuk anda!
Jadi, jangan tunggu lagi! Semak kelayakan anda di aplikasi MAE atau layari Maybank2u sekarang dan mudahkan urusan zakat anda hari ini.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang