Peminjam PTPTN terjejas pendapatan, boleh mohon penangguhan bayaran balik mulai 10 Jun 2021

A
A
A

PRIHATIN situasi peminjam yang terjejas pendapatan dek pelaksanaan Sekatan Perjalanan Penuh (SPP) atau total lockdown pada 1 Jun lalu, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengambil inisiatif melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman.

Penangguhan selama tiga bulan lagi itu diberikan kepada kumpulan peminjam yang layak.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, keputusan itu diambil kerana kerajaan prihatin dan menyedari terdapat peminjam yang masih terkesan dengan pandemik Covid-19.

ptptnPada masa sama, belum berupaya membuat bayaran balik pinjaman.

“Peminjam yang terkesan boleh mengemukakan permohonan melalui portal rasmi PTPTN mulai 10 Jun hingga 31 Ogos 2021.

"Tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman bermula dari bulan permohonan diluluskan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Noraini menambah, butiran pelaksanaan pelanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman itu akan diperincikan pihak PTPTN dan berharap keputusan berkenaan membantu meringankan beban ditanggung peminjam.

Artikel berkaitanPortal MyFutureJobs Buka Peluang Pekerjaan, 4,609 Jawatan Kosong Menerusi Virtual Mini Job Hunt Ditawarkan Pada Peminjam PTPTN

ptptnPERMOHONAN penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN boleh dilakukan dengan tiga langkah mudah.

Sementara itu, menerusi laman sosial Facebook rasmi pihak PTPTN berkongsi tiga langkah mudah untuk memohon.

1. Layari www.ptptn.gov.my

2. Isi maklumat yang diperlukan dan hantar

3. Semak e-mel kelulusan

stressPeminjam yang layak memohon adalah:

- Peminjam terjejas pendapatan

- Peminjam kehilangan pendapatan

Tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN adalah selama tiga bulan bermula daripada bulan permohonan penangguhan dibuat.

Sebarang pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi talian Careline PTPTN di 03-2193 3000 yang beroperasi Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Terdahulu, kerajaan menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN mulai 19 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020 kepada semua peminjam. Kemudian, memberi penangguhan khas bayaran balik kepada peminjam terkesan selama tiga bulan antara Januari hingga Mei 2021.

Sumber: Bernama, Facebook PTPTN

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca