BERITA gembira buat para Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro, bayaran Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan sebanyak RM1,000 akan diberikan bermula esok, 25 Mac 2021.

GKP Tambahan atau dikenali GKP Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada PKS mikro yang menerima bantuan GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini.

GKP Tambahan ini juga bertujuan meringankan beban kewangan perniagaan ekoran penularan wabak Covid-19 dan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan PKS mikro.

Semakan status permohonan juga boleh dibuat di portal rasmi Geran Khas Prihatin bermula hari ini, 24 Mac 2021.

Ini cara membuat semakan status GKP Tambahan:

  • Layari Portal Rasmi Geran Khas Prihatin di https://gkp.hasil.gov.my
  • Log masuk menggunakan ID (no kad pengenalan) dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  • Pergi ke menu ‘Semak Status’
  • Status kelulusan GKP Tambahan PERMAI akan dipaparkan bersama maklumat bayaran seperti di bawah.

Bayaran rayuan GKP 2.0 RM3,000 dibuat esok! Ini cara untuk semak permohonan

Sukacita dimaklumkan bahawa semua PKS mikro yang telah diluluskan sebelum ini akan menerima bayaran GKP Tambahan itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM883 juta.

Iklan

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP. Pembayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.

Untuk maklumat lanjut berhubung status semakan GKP Tambahan PERMAI, sila rujuk laman web LHDN melalui saluran di bawah:

Iklan
  • Laman web www.hasil.gov.my
  • Hotline LHDN : +603-89111000

Baca juga Terima vaksin Covid-19 batal puasa? Ini penjelasan menteri agama

Terdahulu, Di bawah PERMAI, kerajaan telah mengumumkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM1,000 melalui GKP Tambahan kepada PKS mikro di 12 negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada bulan Januari dan Februari 2021 serta RM500 kepada PKS mikro di negeri bukan PKP.