Bayaran rayuan GKP 2.0 RM3,000 dibuat esok! Ini cara untuk semak permohonan

A
A
A

KERAJAAN meluluskan permohonan rayuan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) hampir 52,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro dengan pembayaran akan dikreditkan esok.

Bagi yang tidak mengetahui apakah itu Geran Khas Prihatin, ia merupakan bantuan yang diberikan kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat kepada kumpulan PKS mikro yang terjejas dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung virus Covid-19 ini daripada terus menular.

Tujuan geran ini diberikan adalah untuk membantu para pemilik PKS yang terkesan dengan situasi yang melanda negara hari ini, di mana urusniaga perniagaan tidak dapat dilakukan seperti biasa.

Di bawah pakej rangsangan ekonomi KITA PRIHATIN, kerajaan telah membuka semula permohonan untuk GKP 2.0 iaitu bantuan kewangan secara 'one-off' berjumlah RM3,000 kepada PKS mikro yang berkelayakan dan tidak pernah menerima GKP sebelum ini.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pembayaran bagi rayuan GKP 2.0 itu membabitkan peruntukan RM155 juta.

“Tempoh permohonan Rayuan GKP 2.0 telah dibuka antara 7 hingga 21 Disember lalu. Susulan itu, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan rayuan hampir 52,000 PKS mikro diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM155 juta.

"Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan Rayuan GKP 2.0 pada 5 Februari 2021.

"Kerajaan berharap agar bantuan langsung yang disalurkan kepada PKS mikro ini akan meringankan beban mereka, terutamanya PKS mikro yang amat terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) atau PKP Bersyarat (PKPB)," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, jika korang yang telah membuat rayuan sebelum ini dan ingin meyemak status kelulusan juga boleh dibuat mulai esok.

Bayaran rayuan GKP 2.0 RM3,000 dibuat esok! Ini cara untuk semak permohonan

Caranya cukup mudah! Korang hanya perlu layari portal rasmi GKP, iaitu https://gkp.hasil.gov.my. Pemohon hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan untuk menyemak permohonan.

Portal tersebut juga memaklumkan keputusan rayuan GKP2.0 dan pembayaran semula termasuk bagi status Gagal Kredit GKP 2.0 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada PKS mikro yang Lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini termasuk rayuan.

Tarikh pembayaran GKP Tambahan dijangka dibuat mulai Mac 2021 dan dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank aktif sahaja.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca