SIAPA tidak mahu menimang cahaya mata kembar? Kebanyakan pasangan  pasti akan berasa terkejut dan teruja. Bayangkan memiliki dua bayi dalam satu masa, ia tentu anugerah yang menakjubkan!

Pun begitu, perlu diketahui bahawa kandungan kembar adalah dalam kategori kandungan berisiko tinggi dan perlu dipantau doktor pakar sepanjang kehamilan dan kelahiran.

Baca juga: Ingat Sembelit, Wanita Tak Sedar Hamil Bersalin Di Tandas, Hampir ‘Flush’ Bayi Sendiri

Dalam keterujaan menyambut lebih dari satu cahaya mata sekali gus, fahami dahulu risiko yang mungkin akan dihadapi menjelang kelahiran. Berikut 10 fakta mengenai kelahiran kandungan;

1.Lazimnya, doktor akan berbincang dengan pesakit akan cara kelahiran dan menyarankan kaedah kelahiran yang sesuai situasi kehamilan. Kira-kira enam daripada 10 kandungan kembar akan lahir secara pembedahan caesarean.

2. Idealnya kandungan kembar harus dipantau oleh pakar sakit puan dan kelahiran di hospital yang mempunyai kemudahan seperti NICU (neonatal intensive care unit) kerana kandungan kembar berisiko tinggi untuk bersalin awal.

Baca juga: Wanita Harungi Detik Cemas, Bersalin Dalam Kereta Beberapa Jam Selepas Hospital Minta Balik Ke Rumah

3.Kelahiran secara normal pada kebiasaannya tidak digalakkan sekiranya kembar pertama berada pada kedudukan kepala di bawah.

4. Pun begitu, kelahiran secara normal boleh dilakukan dengan syarat kandungan atau ibu tersebut adalah;

-Kembar tidak lebih daripada dua dan bukan kembar bercantum atau kembar Siam (conjoint twin).

-Kedudukan bayi yang sesuai untuk kelahiran iaitu kembar pertama mestilah berada dalam kedudukan kepala berada di bawah. Kedudukan kepala bayi kembar kedua begitu penting kerana kebanyakan masa kedudukan mereka akan berubah selepas kelahiran kembar pertama)

5. Kelahiran normal bagi kandungan kembar boleh dilaksanakan sekiranya ibu dan bayi tidak mengalami situasi berikut;
• Mempunyai komplikasi tekanan darah tinggi yang berbahaya (pre eclampsia)
• Ibu mempunyai penyakit kronik yang lain seperti penyakit jantung
• Berat bayi melebihi 2 kilogram (kg)
• Kandungan pramatang
• Komplikasi ‘growth restriction’ pada bayi atau bayi terlalu kecil
• Masalah ‘growth discordant’ yang mana salah seorang bayi terlalu kecil berbanding dengan kembarnya.
• Kedua-dua bayi mempunyai masalah kesihatan.
• Ibu memiliki sejarah kelahiran caesarean atau pembedahan lain ke atas rahim sebelum ini kerana boleh meningkatkan risiko uterine rapture.
• Masalah kedudukan uri di bawah atau plasenta previa.

Baca juga: [VIDEO] Reaksi Cristiano Ronaldo, manusia pertama miliki 400 juta pengikut di Instagram

6. Kelahiran normal bagi kembar adalah berisiko. Prosedur itu memerlukan kedudukan kepala bayi pertama di bawah. Sekiranya kedua-dua kepala bayi berada di bawah, bayi kedua akan dilahirkan pada kontraksi seterusnya selepas kelahiran bayi pertama.

7.Sekiranya bayi kedua pula melintang prosedur External Cephalic Version (ECV) atau Internal Podalic Version (ICV) perlu dilakukan untuk menukar posisi menjadi songsang (breech) atau  kepala dibawah (cephalic). Bagaimanapun, ICV adalah sangat berisiko tinggi dan jarang dilakukan pada masa kini.

8.Adalah penting untuk memastikan bayi berada dalam keadaan memanjang dan tidak melintang. Sekiranya bayi kekal melintang, kelahiran terpaksa melalui pembedahan caesarean.
Namun, perlu diketahui kelahiran kembar secara normal haruslah dilakukan dengan kehadiran doktor pakar yang berpengalaman kerana banyak komplikasi boleh berlaku seperti cord prolapse (tali pusat terkeluar dan bayi boleh lemas) dan fetal distress (bayi lemas).

9. Antara sebab utama doktor mengesyorkan ibu hamil kembar untuk melahirkan secara pembedahan caesarean ialah keselamatan kedua-dua bayi dan untuk mengelakkan keadaan retained second twin (bayi kedua kekal dalam keadaan melintang) atau bayi kedua lemas kerana kesukaran memantau kedua dua bayi semasa dalam proses bersalin.

10. Kontraksi rahim merupakan satu bentuk stres kepada bayi dan boleh mengakibatkan bayi lemas. Kadang kala adalah sukar bagi pakar untuk memantau bayi kembar kedua kerana kedudukannya yang mungkin berada dia belakang kembar pertama. Sekiranya ada kesukaran ini, sesetengah doktor pakar akan mencadangkan kelahiran secara pembedahan caesarean.

RONALDO HIBA HILANG SALAH SEORANG ANAK KEMBAR

Bintang bolasepak tersohor dunia, Cristiano Ronaldo dan pasangannya Georgina Rodriguez mengumumkan bahawa bayi lelaki mereka yang baru lahir meninggal dunia.

Iklan

Ronaldo memaklumkan menerusi laman sosial Oktober lalu bahawa pasangannya sedang hamil anak kembar.

Dalam catatan yang disiarkan di laman sosial Instagram, bintang berusia 37 tahun itu, mereka mengesahkan kelahiran seorang bayi perempuan. Punca kematian bayinya tidak dikongsikan.

“Dengan rasa dukacita kami terpaksa mengumumkan bahawa bayi lelaki kami meninggal dunia.

“Ia adalah kesedihan paling dalam yang boleh dirasai oleh mana-mana ibu bapa. Hanya kelahiran bayi perempuan memberikan kami kekuatan untuk menghadapi situasi ini dengan harapan dan kegembiraan.

Baca juga: Respek! Cristiano Ronaldo dipuji peminat guna kaki kanan masuk, keluar padang

Iklan

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat atas penjagaan dan sokongan mereka. Kami sangat sedih atas kehilangan ini dan memohon privasi pada masa yang sangat sukar ini,” titip Ronaldo dan Georgina.

Penyerang Manchester United itu memiliki seorang anak perempuan berusia empat tahun bersama Georgina. Terdahulu, Ronaldo telah memiliki empat orang anak yang lain.

Baca juga: Cristiano Ronaldo murah hati tawar hotel miliknya jadi pusat rawatan wabak covid-19?

Baca juga: Baca juga: Cristiano Ronaldo murah hati tawar hotel miliknya jadi pusat rawatan wabak covid-19?

Baca juga: Wanita Harungi Detik Cemas, Bersalin Dalam Kereta Beberapa Jam Selepas Hospital Minta Balik Ke Rumah