Beberapa makanan boleh kurangkan risiko depresi melampau. 3 kajian antarabangsa buktikannya

A
A
A

DEPRESI atau kemurungan adalah situasi sering terjadi dan sangat sebati dalam kalangan masyarakat ketika ini.

Namun demikian, tidak ada siapa yang tahu 'kesengsaraan' di sebalik penyakit itu jika diri sendiri tidak pernah mengalaminya.

Lebih membimbangkan, keadaan kita yang 'bergelut' dengan pandemik Covid-19 ini mudah mendorong seseorang itu mengalami depresi akibat kehilangan pekerjaan, kematian orang yang tersayang, faktor persekitaran dan sebagainya.

Mungkin rata-rata daripada kita juga yang mengganggap bahawa depresi itu sama sahaja dengan stres.

Ketahuilah bahawa ia tidak sama sekali.

Menurut laman web kesihatan antarabangsa, healthline.com, keadaan itu berbeza kerana penyakit mental merupakan penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku seseorang.

Lebih parah, situasi berkenaan juga mampu menjadi gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.

Bercakap mengenai depresi, pakar otak dan kesihatan, Dr Rizal Abu Bakar melalui Facebooknya berkata, jika terdapat adik beradik atau rakan-rakan kita yang mempunyai masalah itu, ada beberapa perkara penting yang perlu diketahui.

Dr Rizal.

Antaranya adalah mengenai kajian mengenai diet dan kemurungan. Berikut perinciannya:

i) Kajian pertama: University of Otago New Zealand.

Kajian itu melibatkan 422 orang muda yang mengambil sayur, buah, ikan dan kekacang dan hasil akhirnya mendapati mereka lebih bahagia dan tahap kemurungan berkurangan.

"Ia sama sekali berbeza dengan mereka yang kerap makan makanan segera dan makanan dalam tin atau botol," ulas pakar itu.

ii) Kajian kedua: Jurnal Molecular Psychiatry.

Kajian tersebut telah menganalisa 41 kajian berkaitan depresi dan diet.

Menariknya, hasil penelitian ke atas 41 kajian itu mendapati mereka yang memakan banyak sayur, buah-buahan, ikan dan kekacang menunjukkan penurunan sebanyak 33 peratus simptom kemurungan.

iii) Kajian ketiga: The American Academy of Neurology.

Kajian itu melibatkan 964 orang dengan pendekatan yang mirip dengan dua kajian di ats.

Mereka diarahkan untuk mengambil buah-buah, kekacang, sayur-sayuran dan ikan.

Hasil dapatan kajian itu mendapati risiko terkena penyakit depresi telah menurun sebanyak 11 peratus.

Jadi apa yang perlu anda lakukan?

"Mudah sahaja. Jika sedang alami depresi atau mahu elak masalah itu, makanlah makanan yang disarankan seperti kajian-kajian yang dinyatakan di atas.

"Ingat, elak makan makanan segera, makanan ringan dan makanan yang 'sama waktu' dengannya," pesan Dr Rizal.

Artikel berkaitan: Vitamin C baik untuk tingkatkan sistem daya tahan badan, awas jika berlebihan

Jadi, buat mereka yang mungkin sedang mengalami depresi, segeralah hilangkannya.

Cubalah beberapa pendekatan yang boleh membantu anda antaranya amalkan diet pemakanan yang tepat seperti disyorkan.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca