BELI barang secara online tapi lambat pula sampai dek kerana kurier? Ini tindakan yang boleh diambil.

Membeli-belah secara online antara aktiviti popular dalam kalangan masyarakat hari ini. Maklumlah, semuanya pada hujung jari saja!

Proses ia juga mudah dan pantas untuk membeli pelbagai barangan seperti pakaian, perkakas rumah, alat tulis, kelengkapan dapur, produk mandian ataupun tempahan tiket hotel dan pesawat.

Namu begitu, tidak semua proses jual dan beli barangan online berlangsung dengan baik, kadanga kala ada kelemahannya.

Seperti yang selalu berlaku akhir-akhir ini yang amat tidak digemari ramai adalah apabila barangan yang ditempah mengambil masa yang lama untuk tiba di rumah.

Kadang-kala, masalah ini timbul disebabkan oleh penyedia perkhidmatan penghantaran yang mengambil masa sangat lama untuk menghantar daripada lokasi mereka ke alamat pengguna.

Untuk makluman, bagi yang terjejas, anda boleh lakukan aduan terus kepada pihak berkuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Baca juga Bayaran BKM Fasa 2 dibuat bermula 27 Jun, ini cara buat semakan

Seorang pengguna shopee membuat 180 pesanan hanya pada 12.12, wow shopping sakan!

Cara membuat aduan;

1. Buka laman ADUAN SKMM.

2. Pilih Jenis Aduan kepada Complaint, dan Jenis Perkhidmatan kepada Postal/Courier Services.

Iklan

3. Seterusnya, pilih kategori Postal & Courier Service.

4. Seterusnya subkategori Late Delivery.

Baca juga Jual air zamzam, penjara kurang 2 tahun atau denda RM10,000 menanti

5. Pilih nama pembekal perkhidmatan penghantaran tersebut (seperti J&T, Pos Laju, dan pelbagai nama penyedia perkhidmatan yang lain).

6. Dibawah borang berkenaan, anda hanya perlu mengisi beberapa maklumat aduan, dan menghantar kepada pihak SKMM.

Iklan

Dengan melaporkan kesalahan penyedia perkhidmatan, ia akan membantu pihak berkuasa dalam mengambil tindakan terhadap penyedia perkhidmatan berkenaan, sekali gus memastikan hak pengguna terus terjamin.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.