Beli ikan segar jadi lembik rupanya cara simpan salah, ini kaedah sebenar letak dalam freezer

SETIAP rumah pasti ada menyimpan stok lauk di dalam peti ais bagi memudahkan urusan seharian.

Biasanya ayam dan ikan menjadi lauk utama memandangkan ia menu digemari ramai.

Sudah menjadi amalan, ikan atau ayam yang segar selepas dibersihkan, kita terus simpan dalam freezer atau bahagian sejuk beku.

Namun masalahnya jika salah cara simpan dalam freezer ikan yang segar itu akan jadi lembik bila dikeluarkan untuk dimasak.

Rupa-rupanya salah cara kita tu, ini sebenarnya cara yang perlu dilakukan supaya stok ikan yang dibeli kekal segar walau disimpan lama dalam freezer.

Tip simpan ikan ini dikongsi oleh Normah Bahari. Jom buat!

Baca juga Petua ikan bilis kekal rangup & tahan lama, sebelum goreng buat dua langkah ni dulu

 

1. Siang, potong dan bersihkan ikan.

2. Susun ikan di dalam bekas untuk sekali masak, kemudian tuangkan air hingga menutupi ikan tersebut.

3. Tutup bekas dan simpan dalam bahagian sejuk beku.

4. Bila nak masak, keluarkan dan biarkan air cair. Kalau nak masak pagi , keluar dari malam dan bila nak masak tengah hari, keluarkan waktu pagi.

Insya-ALLAH ikan tetap segar macam baru beli.

Baca juga Tular ikan tilapia tak selamat dimakan, sebabkan kanser palsu. 9 fakta berkaitan

pekasam
IKAN yang sudah dibersihkan perlu ditos sehingga kering dan lendir hilang.

Cara pilih ikan segar di pasar

Ikan yang diselimuti taburan ais belum tentu boleh menjamin kesegarannya.

Oleh itu, anda jangan mudah terpedaya dengan trick peniaga yang meletakkan ais pada ikan sebagai tanda ikan masih segar.

Guna 7 petua di bawah ini sewaktu anda ingin memilih ikan di pasar.

1. Lihat warna insang ikan segar

Ikan yang masih baru atau segar mempunyai warna insang merah pekat, seakan-akan warna darahnya.

Insang ikan juga agak basah, tetapi bukanlah terlalu berlendir.

Bagi ikan yang sudah lama, insangnya agak pucat dengan warna kecoklatan atau kehitaman. Insang ikan juga mungkin sudah agak berlendir.

2. Lihat warna mata ikan

Ikan segar mempunyai warna mata yang masih jernih dan menonjol keluar daripada lubang matanya.

Manakala bagi ikan yang sudah lama, matanya berwarna agak merah dan biji matanya agak ke dalam.

Baca juga Paling senang buang hanyir & muak, ini tip siang, goreng ikan keli rangup lagi sedap

3. Cium bau ikan

Ikan di pasar yang masih baru atau segar masih mempunyai bau air laut.

Iklan

Ikan yang sudah lama pula tidak lagi mempunyai bau laut, kecuali bau busuk dan hanyir yang agak kuat.

4. Rasa tekstur ikan

Bagi ikan yang baru sahaja dinaikkan ke jeti, ia mempunyai tekstur badan yang agak pejal dan keras.

Isinya juga masih utuh walaupun dipicit.

Manakala bagi ikan yang sudah tidak segar, isinya agak lembik dan mudah pecah apabila dipicit.

5. Lihat warna badan ikan

Ikan yang segar mempunyai warna yang masih lagi berkilat atau kelihatan masih baru.

Manakala ikan yang sudah lama mungkin agak kekuningan dan kulitnya juga sudah mula tertanggal.

6. Sisik ikan segar masih melekat

Iklan

Ikan baru mempunyai sisik yang masih melekat pada badannya.

Namun, jika ikan itu sudah agak lama, kebanyakan sisiknya mungkin sudah tertanggal atau bersepah di sekitar badannya.

7. Tengok perut ikan

Bagi ikan-ikan kecil seperti ikan pelaling, kembung atau selar kuning, anda boleh melihat pada bahagian bawah perutnya.

Ikan yang masih segar mempunyai perut yang masih cantik dan keras.

Manakala untuk ikan yang tidak segar, perutnya mungkin sudah pecah atau seolah-olah hendak pecah.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Normah Bahari, Hello Doktor

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!