Belum sebulan guna, telefon percuma PdPR meletup. Waspada elak cas berlebihan

PENGAJARAN dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) antara kaedah dipraktikkan ketika ini berikutan sesi persekolahan secara bersemuka ditutup sementara dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

Justeru, bagi melancarkan proses PdPR, para pelajar perlu menggunakan peranti seperti komputer, laptop ataupun telefon pintar.

Bercakap soal gajet, baru-baru ini tular di media sosial mengenai sebuah telefon percuma daripada Program Jaringan Prihatin meletup sewaktu sesi PdPR berlangsung.

.

Gambar hiasan

 

Kejadian itu dikatakan melibatkan seorang murid berusia sembilan tahun di Gombak, Selangor.

Iklan
Iklan

Menurut hantaran di laman sosial Facebook tiada kecederaan dilaporkan, namun begitu ibu saudara kepada murid terbabit memohon pihak berkenaan bertanggungjawab atas insiden berlaku.

“Terbakar sudah. Nasib ada dekat rumah. Kalau tidak, mahu terbakar rumah. Anak buah tengah online PdPR menggunakan handphone YES. Tiba-tiba terbakar.

“Baru sahaja dapat tak sampai sebulan. Sedih rasanya. Kepada pihak YES silalah bertanggungjawab sikit,” tulisnya yang turut berkongsi gambar gambar keadaan telefon YES model Altitude 3.

Perkongsian wanita tersebut mendapat perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang meminta beliau membuat aduan rasmi.

“Hi Puan Suryani. Merujuk kepada posting anda, pihak MCMC ambil maklum dan menyarankan anda untuk mengemukakan aduan secara rasmi melalui emel CFM aduan@cfm.org.my atau hubungi talian hotline CFM: 03-8320 9033 (waktu pejabat). Terima kasih,” tulis pihak SKMM.

Dalam pada itu, kemaskini terkini wanita berkenaan memaklumkan telah menerima set telefon pintar baharu.

“Pihak YES telah menukarkan dengan yang baharu. Alhamdulillah. Tapi perasaan takut nak guna itu ada lagi,” katanya lanjut.

Susulan itu, pihak YTL segera menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif YTL, Wing K Lee berkata, keselamatan produk dan pengguna sentiasa menjadi keutamaan mereka.

Katanya, YES Altitude 3 dibangunkan bersama YES dan China Mobile. Lebih daripada 100,000 telefon model sama diedarkan kepada keluarga B40 di bawah inisiatif Learn-From-Home.

Program itu dimulakan tahun lalu dan pihaknya belum menerima sebarang laporan kejadian berkaitan keselamatan.

Menjengah di ruangan komen terdapat respon daripada warga maya yang menulis: “Please la jangan kecam YES. Kerajaan bagi kepada mereka yang layak dan memerlukan. Jadi gunakan sebaik boleh.

“Bab kualiti memang ia cepat panas dan jika cas pun biarlah beringat. Semua barang elektronik pun macam tu.

“Saya dah pakai untuk PdPR anak sudah hampir setahun alhamdullilah masih okey. Line pun okey mungkin kawasan rumah saya dapat liputan YES dengan baik.

Share
Azma ML

Recent Posts

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

2 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

6 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

7 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

7 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

10 hours ago

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

12 hours ago