Puteri Belanda tolak elaun diraja RM7.96 juta, selagi belum jalankan tugas rasmi

INILAH yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat.

Pada baru-baru ini, nama Puteri Catharina-Amalia menjadi tumpuan apabila beliau membuat keputusan menolak elaun diraja.

Puteri berusia 17 tahun itu merupakan anak kepada King Willem-Alexander dan Ratu Maxima. King Willem mula yang memerintah Belanda selepas ditabalkan pada 30 April 2013.

Puteri Amalia telah menghantar sepucuk surat kepada Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte menyatakan pendiriannya menolak elaun sebanyak €1.6M(RM7.96juta) yang akan diterima apabila mencecah umur 18 tahun.

Iklan
Iklan

Kakak kepada Puteri Alexia, 16 dan Puteri Ariane berusia 14 tahun itu menzahirkan rasa kurang manis menerima elaun tanpa melakukan apa-apa.

Memetik laporan The Guardian, Amalia berkata beliau hanya menerima elaun tersebut setelah menjalani tugas rasmi sebagai kerabat diraja.

“Pada 7 Disember 2021, saya akan mencecah umur 18 tahun dan mengikut undang-undang akan mula menerima elaun diraja.

“Saya berasa tidak manis sekiranya menerima elaun tanpa perlu berbuat apa-apa, sedangkan pelajar lain sedang bergelut dengan pelbagai kesukaran terutamanya tatkala pandemik Covid-19 ini,” tulis Amalia dalam suratnya kepada Rutte.

 

Tindakan tersebut secara tidak langsung menjadikan beliau keluarga diraja Belanda pertama yang menolak elaun diperuntukkan.

Di Belanda, setiap ahli keluarga diraja akan menerima elaun sebaik sahaja menginjak usia 18 tahun.

Menurut sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2012, elaun diraja Belanda merupakan paling tinggi berbanding yang diterima keluarga diraja United Kingdom sebelum ini.

Baca juga Selain Puteri Gunung Ledang, 4 Legenda Puteri Lagi Yang Wajib Kita Tahu

Pada tahun lalu, kerajaan negara tersebut telah bersetuju untuk memperuntukkan bajet 2021 sebanyak €47.5M (RM236 Juta) untuk keluarga diraja terbabit,

Bajet itu tidak termasuk kos lawatan diraja ataupun penyelenggaran istana.

Direkodkan, King Willem-Alexander menerima elaun sebanyak €998,000 (RM4.96 juta) setahun manakala €5.1m (RM25 juta) pula untuk perbelanjaan rasmi.

Baca juga Kejelitaan Puteri Bongsu Negeri Terengganu Curi Perhatian Netizen Saat Rai Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-19

Isterinya, Ratu Maxima diperuntukkan elaun sebanyak €1.1m (RM5.47 juta) dan Amalia €1.6M (RM7.96juta).

Puteri Amalia dan dua adiknya bersekolah di sekolah biasa. Selain bahasa Belanda beliau juga fasih berbahasa Sepanyol yang dipelajari daripada bondanya.

Puteri yang bakal memegang takhta Belanda itu menggemari sukan hoki, judo, balet dan menunggang kuda termasuk meminati muzik dan bermain biola.

Share
Azma ML

Recent Posts

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

3 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

4 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

5 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

7 hours ago

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

10 hours ago

Sibuk sampai lupa nak makan? Ini lokasi Express Lunch di Glenmarie, Shah Alam yang boleh dicuba

SIBUK bekerja sampai boleh lupa nak makan! Tak dinafikan, kadang-kadang individu yang jenis workaholic, mereka…

11 hours ago