Bengkel tutup! Macam mana nak repair kereta?

Bengkel tutup! Macam mana nak repair kereta?
Bengkel tutup! Macam mana nak repair kereta?
A
A
A

SELEPAS kerajaan mengumumkan langkah Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 hingga 31 Mac ini, kebanyakkan jenama automotif seperti Honda, Perodua, Volvo, Mercedes-Benz, Renault, Volkswagen, Modenas, Yamaha, Nissan dan lain-lain akur dengan arahan tersebut dengan menutup semua operasi mereka termasuk pusat servis.

Ada juga jenama yang menutup operasi pusat 3S mereka tetapi masih menerima panggilan daripada pelanggan untuk kes-kes kecemasan dan bantuan menerusi talian hotline seperti Proton, Toyota dan Lexus.

Perkara ini menimbulkan tanda tanya kepada pengguna kenderaan yang mempunyai masalah atau kerosakan pada kenderaan mereka yang perlu diperbaiki segera.

Macam mana nak hantar kereta untuk diperbaiki kalau semua bengkel dan pusat servis ditutup?

Relaks! Anda tidak perlu fikir sejauh itu. Nama pun Perintah Kawalan Pergerakan, jadi anda juga perlu kawal dan hadkan pergerakan sepanjang tempoh yang telah ditetapkan.

Namun, jika terdapat situasi-situasi kecemasan seperti perlu ke hospital untuk mendapatkan rawatan atau keluar ke pasar raya, anda boleh menggunakan perkhidmatan eHailing seperti Grab, MyCar dan lain-lain yang masih beroperasi.

Caranya mudah sahaja, anda cuma perlu memuat turun aplikasi-aplikasi tersebut ke dalam telefon pintar dan mendaftar sebagai pengguna.

Selain itu untuk tempahan makanan juga kini boleh dibuat secara atas talian dengan menggunakan aplikasi-aplikasi yang terdapat di Appstore dan google play store.

Jadi, tiada lagi alasan untuk anda ingkar pada garis panduan yang telah ditetapkan kerajaan. Duduk je rumah diam-diam!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca