Berenang sudah dibenarkan, ini SOP bagi sektor sukan dan rekreasi di lokasi PKPB

Berenang sudah dibenarkan, ini SOP bagi sektor sukan dan rekreasi di lokai PKPB
Berenang sudah dibenarkan, ini SOP bagi sektor sukan dan rekreasi di lokai PKPB
A
A
A

RAMAI tidak ambil peduli Prosedur Operasi Standard (SOP) terbaharu bagi sektor sukan dan rekreasi.

Perlu diingat, bagi kawasan yang diumumkan masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), korang wajib mematuhi SOP bagi mengekang penularan Covid-19.

Menerusi perkongsian Facebook KBSMalaysia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ingin memaklumkan terdapat beberapa perubahan semasa PKPB bermula 7 Disember bagi mana-mana kawasan yang terlibat di seluruh negara kecuali negeri Sabah.

Katanya, aktiviti sukan dan rekreasi di kolam renang adalah DIBENARKAN mengikut SOP terutamanya pematuhan kepada penjarakan fizikal.

Kapasiti pengguna bagi setiap premis sukan dan rekreasi hendaklah tidak melebihi 50% kapasiti penggunaan penuh.

Walau bagaimanapun, sebarang aktiviti individu yang dijalankan di dalam perkumpulan kecil terhad maksima 10 orang dalam satu-satu masa.

Manakala aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak dibenarkan adalah;

1. Aktiviti berkelah, aktiviti bersentuhan fizikal atau sukan tempur, aktiviti perlawanan bagi sukan berpasukan dan aktiviti penganjuran kejohanan atau pertandingan.

2. Aktiviti sukan dan reakreasi yang melibatkan penglibatan yang ramai dan sukar dikawal penjarakan fizikal.

3. Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton dan yang melibatkan peserta dari luar negara.

Baca juga Ini 7 perkara penting berkaitan kriteria i-Sinar semasa

Jika sebelum ini aktiviti renang tidak dibenarkan, kini korang boleh melakukan aktiviti itu walaupun berada di kawasan PKPB!

Korang boleh layari portal www.mkn.gov.my atau www.kbs.gov.my untuk mendapatkan SOP PKPB yang terperinci dan terkini termasuklah SOP khusus bagi negeri Sabah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca