BERITA gembira buat seluruh penjawat awam di negara ini, kerajaan terus prihatin dan peka apabila mengumumkan enam inisiatif baharu buat golongan itu.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 (MAPPA XVIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Menurut beliau, ia diberikan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.

Berikut enam inisiatif dan berita gembira yang diumumkan;

1. Kenaikan cuti rehat GCR kepada 160 ke 180 hari.

Menaikkan kadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai (GCR) daripada 160 hari ke 180 hari.

2. Kadar CRK kepada Perkhidmatan Perguruan kepada 15 hari.

Tambahan Kadar Cuti Rehat Khas (CRK) sebanyak lima hari menjadikan jumlahnya 15 hari setahun kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun.

Baca juga Bawah 55 tahun, belum kahwin pun layak, 8 info ringkas caruman SKSSR wanita perlu tahu

guru pelajar

3. Cuti tanpa rekod untuk menghadiri kematian ahli keluarga terdekat diluaskan kepada kematian adik-beradik dan datuk atau nenek.

Perluasan tafsiran ahli keluarga bagi kemudahan Cuti Tanpa Rekod urusan kematian ahli keluarga terdekat.

4. Kenaikan gaji kepada yang telah mencapai gaji maksimum dari 3% akan dikaji semula dan ia akan dibuat perkeliling baru oleh JPA dan berkuatkuasa mulai Januari 2023.

Penambahbaikan pemberian pergerakan gaji tahunan kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum.

Iklan

5. Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 kepada Gred 11 hingga Gred 56 mulai Januari 2023.

Bakal dimanfaatkan seramai 1.28 juta penjawat awam dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion.

Sebagai contoh, sebelum ini kadar KGT bagi gred 11 adalah RM80, maka pada 2023, beliau akan menerima kadar KGT asas sebanyak RM80 dan tambahan khas sebanyak RM100 menjadikan jumlah KGT diterima pada 2023 adalah sebanyak RM180.

Baca juga “Dengarlah suara wanita.” – Permaisuri sokong pemerkasaan kaum Hawa, perjuangan kesaksamaan gender

6. Bantuan Khas Kewangan (BKK) pada Januari 2023 sebanyak RM 700 dan pesara RM 350.

Iklan

Akan dibayar kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara Kerajaan dan veteran tidak berpencen.

Semoga bermanfaat buat seluruh warga penjawat awam!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.