DENGARLAH suara wanita. Sumbangan kaum Hawa yang merupakan separuh penduduk Malaysia tidak kurang pentingnya dalam pembangunan bangsa dan negara amat penting.

Mereka isteri, ibu dan pekerja mempunyai peranan dalam pembentukan generasi akan datang dan merupakan sumber tenaga yang penting ekonomi.

Ungkapan tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia menggambarkan kuatnya pengaruh wanita dalam memperkasa peranannya. Menurut Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020, kaum Hawa kini mempunyai kuasa besar dan merupakan sepertiga daripada jumlah tenaga buruh.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menggesa semua orang mendengar suara wanita yang memperjuangkan hak mereka.

SOKONG PERJUANGAN HAK WANITA

Seri Paduka bertitah baginda secara peribadi akan terus menyokong mana-mana gerakan yang memperjuangkan hak wanita, baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

“Ini semua tentang pemerkasaan wanita dan kesaksamaan gender. Adalah penting untuk mendengar wanita memperjuangkan hak mereka,” titah Seri Paduka pada majlis sambutan Hari Wanita Kebangsaan.

Baca juga: Permaisuri Agong kongsi pengalaman tidak dapat susukan zuriat, rasmi bank susu patuh syariah pertama di Malaysia

Baca juga: “Terharu, terkejut, semua ada. Macam mimpi.” – Elizad gembira dihubungi Raja Permaisuri Agong

Kredit foto: Bernama

Tunku Azizah turut memuji wanita kerana memainkan peranan penting di Malaysia. termasuk sebagai pendamai yang penting untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian di negara ini.

Pada majlis anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) itu, Tunku Azizah turut melancarkan buku bertajuk ‘Keberanian Pelopor NCWO’ mengenai pengasas NCWO.

Baca juga: Gembira timang 2 cucunda baru diputerakan, Agong, Raja Permaisuri kongsi gambar bersama

Baca juga: Wanita hebat, Iman Asri terpilih Syahadah Ula al-Fateh, lulus semakan 30 juzuk dalam 17 jam, 5 info mengenainya

Kredit foto: Bernama

KURANG TENAGA BURUH WANITA

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan negara kini berdepan cabaran utama apabila populasi perempuan pada 2020 adalah 47.7 peratus iaitu hampir separuh daripada populasi Malaysia sedangkan kadar penyertaan tenaga buruh wanita tahun lepas hanya 55.5 peratus.

Iklan

Bagaimanapun penglibatan wanita dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat berkaitan pelaburan kerajaan (GLIC), perdana menteri mengarahkan agar penyertaan golongan itu di syarikat-syarikat berkenaan sekurang-kurangnya 30 peratus sebagai Ahli Lembaga Pengarah menjelang mesyuarat agung tahunan pada 2023.

“Alhamdullilah, sehingga kini, sebanyak 210 daripada 900 syarikat sendirian berhad mempunyai lebih 30 peratus wanita dalam lembaga pengarah syarikat,” katanya.

Justeru, ayuh wanita sama-sama memperkasa kekuatan dalam pelbagai bidang. Peluang terbuka luas, usah ketinggalan dalam menyumbang tenaga kepada ekonomi dan kesejahteraan negara.

Baca juga: Dahulu ikut abah meniaga pasar malam, kini muncul antara 10 wanita hebat di ASEAN

Iklan

Baca juga: 10 fakta Tun Tengku Maimun, lakar sejarah Ketua Hakim Malaysia wanita pertama

Sumber: Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan