Bertahun-tahun baru tahu sakit buah pinggang, awas jika ada 8 tanda ini
Bertahun-tahun baru tahu sakit buah pinggang, awas jika ada 8 tanda ini
RAMAI beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan.
Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang berbuat demikian.
Namun, menurut pengamal perubatan am, Dr Zubaidi Ahmad,itulah sifat penyakit kronik.
Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius.
Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang.
Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.
Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda seperti;
1. Tubuh mudah letih.
2. Mudah penat dan semput apabila membuat kerja lasak.
3. Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
4. Darah keluar bersama-sama air kencing.
5. Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
6. Sakit belakang.
7. Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
8. Bengkak pada pergelangan kaki dan mata.
Semua tanda-tanda tersebut menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang.
Biasanya gejala itu dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang.
Cara terbaik ialah dengan melakukan pemeriksaan darah iaitu pemeriksaan fungsi ginjal (renal function test).
Pemeriksaan ini boleh dilakukan di mana-mana klinik swasta untuk mengesan tanda awal kerosakan buah pinggang atau ginjal.
Ubahlah gaya hidup anda sekarang. Untuk memulakan gaya hidup sihat, anda perlu melihat kepada pelbagai aspek seperti penjagaan makanan, kesihatan mental dan senaman fizikal.
Sumber: Dr Zubaidi Ahmad
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang