BERTUAHNYA badan apabila kejutan demi kejutan diterima peminat fanatik bola sepak, Derrick Gan baru-baru ini.

Bukan satu tetapi lebih dua motosikal menjadi hadiah istimewa buat jejaka tersebut yang sebelum ini sanggup menjual kenderaannya demi memberi sokongan buat Harimau Malaya.

Derrick sebelum ini nekad terbang ke Qatar untuk menyaksikan perlawanan Piala Asia yang mana pasukan negara menentang Korea Selatan dengan hasil jualan motosikal.

Sebagai tanda penghargaan buat lelaki itu, MODENAS mengambil inisiatif dengan menghadiahkan Modenas Karisma 125S serba baharu sebagai kejutan kepulangannya.

Bertuah badan dapat modenas

Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan berkata, kisah Derrick memberi inspirasi dan mempamerkan semangat sebenar seorang peminat bola sepak negara.

“MODENAS berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanan ini dan berharap hadiah berupa Karisma 125S akan dimanfaatkan sebaiknya sekali gus dapat memudahkan urusannya.

“Kami kekal komited untuk menyokong dan meraikan keghairahan rakyat Malaysia, selain menggalakkan semua orang untuk terus bersorak demi Harimau Malaya pada masa akan datang,” katanya.

 

Beliau berkata demikian selepas hadir menyempurnakan majlis serahan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sementara itu, Derrick yang berasal dari Melaka itu terharu dan bersyukur apabila dihadiahkan dengan sesuatu yang memang tak disangka-sangka.

Bertuah badan dapat modenas

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada MODENAS atas suprise yang cukup luar biasa.

“Saya tidak sabar untuk terus memberikan sokongan buat pasukan Harimau Malaysia dengan motosikal baharu,” katanya yang menerima hadiah bernilai RM5,400.

Baca juga ‘Nampak macam saya, tapi bukan saya’- Jurulatih Harimau Malaya iras pelakon Squid Game

Terdahulu, aksi ‘abang berambut perang’ yang menangis kegembiraan ketika menonton perlawanan secara langsung di Stadium Al Janoub menarik perhatian ramai.

Bertuah badan dapat modenas

Mana tidaknya, momen tersebut dirakam melalui siaran langsung sehingga mencetuskan sensasi, apatah lagi ditambah dengan kisah nekad beliau bersama adiknya.

Iklan

Baca juga Viral dibuli, adik Rizal si penjual kuih kini terima biasiswa pendidikan, motosikal baru

Derrick sebelum ini dalam satu posting di Facebook miliknya membuat iklan jualan motosikal Yamaha jenis LC5 Speed dengan harga bermula RM4,500.

Bertuah badan dapat modenas

Nak dijadikan cerita, kenderaan tersebut sebenarnya milik adiknya, namun mereka berdua sanggup melepaskan demi mencari dana untuk menampung kos ke Doha.

Betullah orang kata, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapalah yang tahu.

Iklan

Apapun, tabik spring buat Derrick dan adik yang menterjemahkan sokongan kepada pasukan bola sepak negara dengan gaya tersendiri.

Bertuah badan dapat modenas

Mungkin satu hari nanti, nama Malaysia akan muncul antara pasukan yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir sekali gus menjulang Piala Asia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang