'Nampak macam saya, tapi bukan saya’- Jurulatih Harimau Malaya iras pelakon Squid Game

A
A
A

NAMPAK sekali imbas, jurulatih skuad negara, Kim Pang Gon seiras pelakon drama bersiri popular Korea, Squid Game.

Lelaki berusia 53 tahun itu mula memimpin Harimau Malaya sebagai sejak 21 Januari 2022 menggantikan Tan Cheng Ho.

Melapor diri pada Februari lalu, Pan Gon berkhidmat secara selama dua tahun dan pilihan tambahan dua tahun lalu.

Nama Pan Gon menjadi sebutan akhir-akhir ini susulan kejayaannya membawa Harimau Malaya melepasi kelayakan secara merit ke kejohanan Piala Asia 2023 selepas 42 tahun.

Baca juga: 42 tahun kemarau kelayakan Piala Asia berakhir, kenali 4 penyumbang gol, wanita pun perlu ambil tahunampak

Malaysia dalam kumpulan E berjaya membenam cabaran Bangladesh 4-1. Kali terakhir skuad negara beraksi di Piala Asia adalah pada tahun 1980.

Apa yang melucukan, warga maya mula mengaitkan Pan Gon dengan pelakon siri Squid Game, Heo Sung-tae lantaran gaya rambut, bentuk tubuh dan wajah yang seiras. Kedua-duanya berasal dari Korea, justeru tidak hairanlah perawakan mereka juga sama.

Kim Pan Gon dikatakan seiras 'oppa' Heo Sung-tae

Baca juga: Mokhtar Dahari dikenang, 89 jaringan gol diiktiraf FIFA

Sama tetapi tidak serupa, berikut lima fakta mengenai Pan Gon;

1.Pan Gon yang pernah beraksi bersama kelab Ulsan Hyundai dan Jeonbuk Hyundai Motors di Korea Selatan pada era 1990-an namun terpaksa menamatkan karier lebih awal susulan kecederaan yang dialami.

2.Dia memulakan karier kejurulatihan selaku penolong jurulatih Busan IPark FC (2005-2008), ketua jurulatih kebangsaan Hong Kong (2009-2010), penolong jurulatih Gyeongnam FC (2011) dan kembali ke Hong Kong (2012-2017).

3.Pan Gon pernah membawa pasukan bawah 23 tahun Hong Kong memenangi pingat emas dalam Sukan Asia Timur 2009 dengan menewaskan Korea Selatan, Korea Utara dan Jepun.

4.Memegang Diploma Kejurulatihan Bola Sepak Profesional AFC iaitu kelayakan kejurulatihan bola sepak tertinggi di Asia.

5.Berasal dari Jinju, Korea Selatan, Pan Gon terdahulu menetap di Hong Kong bersama keluarga.

Ramai bersetuju jurulatih ini nampak serasi dengan barisan skuad Harimau Malaya. Tangkas rembatan pasukan negara moga kejayaan Piala Asia 2023 menjadi milik kita.

Baca juga: Tanpa sengaja terhentam kepala keeper hingga temui ajal, pemain bola dirundung rasa bersalah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca