Beza bau helaian buku baru dan lama? Ketahui kisah di sebaliknya…

No Image Caption
A
A
A

MESTI ramai yang perasan, tidak kira sama ada yang baru atau yang lama, helaian buku akan memberikan bau yang berlainan.

Buat pencinta buku, pasti anda akan arif mengenai bau helaian buku berkenaan kan?

Ya! Itu kerana setiap buku akan mengeluarkan beratus bahan-bahan kimia meruap (volatile organic compounds- VOCs) yang berlainan.

Itulah perkongsian yang dilontarkan oleh seorang ahli kimia, Dr Fatimah.

“VOCs akan sampai kepada deria hidung kita, lalu otak akan mentafsirkan baunya (ada individu yang suka, ada yang tidak)," katanya.

Ketahuilah bahawa buku baru akan memberikan bau yang sangat pelbagai. VOCs dalamnya berasal daripada beberapa unsur berikut iaitu:

i) Agen pengikat (binding agent) contohnya ko-polimer vinyl acetate ethylene.

ii) Bahan yang digunakan dalam pemprosesan pembuatan helaian kertas. Contoh bahan peluntur seperti hydrogen peroxide dan bahan rintang air seperti alkyl ketene dimer.

iii) Bahan dakwat seperti methylbenzene, ethylbenzene, xylene, chlorobenzene dan bromobenzene.

Bagi buku lama pula, baunya adalah lebih kepada degradasi bahan kimia yang membentuk struktur utama kertas iaitu cellulose dan lignin.

Mengulas lanjut mengenai itu, Dr Fatimah berkongsi, lignin merupakan bahan kimia pengikat rantaian cellulose secara semula jadi dalam pokok.

Pengoksidaan lignin akan menyebabkan warna kertas bertukar kekuningan dan menghasilkan asid organik yang membantu dalam mendegradasi rantaian cellulose menjadi VOCs yang mempunyai bau pelbagai seperti benzaldehyde dan furfural (bau kacang badam), vanillin (bau vanilla) dan ethyl benzene, toluene dan 2-ethyl hexanol (bau manis dan bunga).

Bau buku juga disumbangkan oleh kombinasi VOCs dalam rosin seperti terpenes dan asid resin.

Rosin sebenarnya wujud secara semula jadi dalam kayu yang digunakan untuk membuat helaian kertas buku.

Selain bau spora kulat (hapak) pada buku yang disimpan di tempat yang lembap.

Kepelbagaian bau buku baru atau lama adalah bergantung kepada jenis dan jumlah VOCs yang wujud dan kadar pengewapannya yang mana bergantung kepada suhu persekitaran buku.

Bukan itu sahaja, anda juga perlu tahu kepekatan VOCs seperti furfural dalam buku boleh digunakan sebagai pengukur usia sebenar buku.

Namun demikian, ia hanyalah sekadar bau. Buat anda yang 'gila' akan baunya jangan bimbang kerana masih belum ada kajian menyatakan kesan buruknya kepada kesihatan.

Jadi, jelaskan mengenai bau pada helaian buku itu. Buat pencinta buku di luar sana, ini ilmu baru buat anda. Moga bermanfaat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca