"Biaqlah kami laksana dahulu"- Rizalman tutup operasi seketika demi keselamatan staf
KEADAAN pandemik Covid-19 di negara ini dilihat semakin membimbangkan, apatah lagi kini berdepan gelombang ketiga.
Situasi bertambah buruk apabila jumlah kematian meningkat setiap hari. Setakat ini sahaja Selangor kekal negeri yang mencatatkan jumlah kes positif harian tertinggi melebihi 1,000 kes.
Baca juga Rakyat Selangor Setuju Tak PKP Penuh? Cadangan KKM Jika Kes Covid-19 Meningkat
Pun begitu, dalam situasi getir sedemikian sebahagian besar sektor ekonomi masih beroperasi mengikut pematuhan rapi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.
Namun begitu, pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim mengambil pendekatan berbeza.Menyedari wabak koronavirus sedang mengganas pada masa ini, pengurusan Rizalman Ibrahim Group Companies mengambil inisiatif sepakat menutup dan menyekat penuh semua pekerja dan operasi penjualan produk selama dua minggu.
Menerusi satu hantaran di Instagram miliknya @rizalman71, beliau memuat naik kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.
"Pihak pengurusan atasan Rizalman Ibrahim Group Companies bersepakat melakukan penutupan dan penyekatan penuh untuk semua pekerja dan penjualan di bawah RIC Group Sdn Bhd walaupun kami berdaftar dan mempunyai sijil pengiktrafan MITI."Penutupan dan penyekatan ini akan mengambil masa dua minggu atau sehingga tarikh diberitahu kelak," tulisnya baru-baru ini.
Dalam hantaran yang sama, Rizalman turut menulis kapsyen ringkas: "Biaqlah kami laksanakan dahulu sebagai tanda sokongan untuk membasmi gejala ini (Covid-19) demi kebaikan semua.
Dalam pada itu, pihaknya turut memaklumkan bahawa penjualan produk dalam talian akan diberhentikan sementara waktu sehingga tempoh diberitahu kemudian.
"Penutupan dan penyekatan jualan ini adalah bertujuan untuk mengambil kira keselamatan pekerja dan membantu mengurangkan penularan jangkitan wabak Covid-19," jelas kenyataan tersebut.
Baca juga Dilarang Ziarah Aidilfitri, Muncul Pula Trend Beraya Di Mall
View this post on Instagram
Contoh yang baik buat syarikat yang lain
Langkah bijak dilaksanakan Rizalman turut mendapat pujian daripada warganet yang menyokong usaha beliau membantu mengurangkan penularan Covid-19 dalam sektor ekonomi.
Warganet juga berharap tindakan yang diambil pereka fesyen kelahiran Pulau Pinang tersebut dijadikan contoh para majikan lain demi keselamatan pekerja dan orang awam.
"Contoh bos yang betul"
"Fast action"
"Keputusan yang bijak"
Sumber: Instagram @rizalman71
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang