LONJAKAN kes positif Covid-19 di negeri Selangor sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.

Buktinya, sebanyak 4,865 kes baharu direkodkan pada hari ini yang mana Selangor kekal tinggi dengan jumlah sebanyak 1,743 kes.

Kegusaran semakin membelenggu kalangan penduduk di negeri tersebut apabila jumlah kes tidak menunjukkan penurunan ketara.

Baca juga Dilarang Ziarah Aidilfitri, Muncul Pula Trend Beraya Di Mall

Berikutan situasi ‘kritikal’ itu, Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh di Selangor jika jangkitan wabak terbabit berterusan mencatatkan peningkatan.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, selain PKP penuh pihaknya turut mengesyorkan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat sekiranya penularan Covid-19 sukar dikekang dengan baik.

Dalam tempoh pelaksanaan PKP di seluruh negara ketika ini, KKM menjalankan lebih banyak ujian dan pengasingan serta merawat kes positif.

Ini termasuklah, kerjasama kerajaan negeri Selangor mengendalikan ujian RTK-Antigen di kawasan ada kaitan epidemiologi yang tinggi.

“Secara tidak langsung, kita dapat melakukan pengesanan kontak lebih cepat dan melaksanakan keseluruhan pencegahan dan kawalan kesihatan awam.

“Jika tidak berupaya mengekang jangkitan Covid-19, maka cadangan pelaksanaan PKP penuh boleh dipertimbangkan,” katanya pada sidang media secara dalam talian semalam.

Selain itu, Dr Adham turut bimbang melihat trend peningkatan kes Covid-19 bagi kategori tiga, empat dan lima yang menyerang anak muda sejak kebelakangan ini.

Baca juga Ibu Bapa Sanggup Bawa Anak Kecil Ke Tempat Awam, Sesak Tanpa Perlindungan

Katanya, peningkatan itu berkait rapat dengan beberapa penemuan varian baharu iaitu varian Afrika Selatan B.1.351, varian United Kingdom B.117, varian Nigeria B1.525 dan varian mutasi berganda India B.1.617.1.

Iklan

Justeru, buat rakyat Selangor khususnya diharapkan apa jua keputusan kerajaan selepas ini diharapkan korang berlapang dada. Perjuangan kita belum selesai.

“Patut dah lama lock down”

“Tutup kilang ramai buruh asing”

“Pilih satu sahaja, ekonomi atau nyawa…”

Terus membantu mengurangkan kadar jangkitan dan mempertingkatkan langkah pencegahan kendiri.

Iklan

Kekal berada di rumah kecuali ada urusan penting di luar. Sekembalinya di kediaman masing-masing pastikan korang membuang pelitup muka, rendam pakaian dengan sabun dan segera mandi sebelum bersentuhan dengan ahli keluarga lain.

Teruskan amalan #kitajagakita bagi mengelakkan jangkitan Covid-19.

INFO
– Selangor kembali mencatat lonjakan kes melebihi 1,000 sejak 23 April 2021.
– Jumlah kes berterusan direkodkan kira-kira 1,100 hingga lebih 2,200 kes antara 5 Mei hingga hari ini.

Sumber: Telegram Covid-19 Selangor