ANXIETY disorder atau gangguan kebimbangan adalah salah satu masalah mental.

Persatuan Psikiatri Malaysia mendefinisikan anxiety disorder ini sebagai adalah sejenis gangguan mental yang dicirikan oleh kebimbangan yang berlebihan dan tidak terkawal.

Mempunyai sedikit rasa bimbang atau risau adalah perkara biasa. Anda mungkin berasa cemas atau gementar jika perlu menangani masalah di tempat kerja, menghadiri temu duga, mengambil ujian atau membuat keputusan penting.

Malah kebimbangan juga boleh memberi manfaat kepada kehidupan. Contohnya, kebimbangan membantu kita melihat situasi berbahaya dan menumpukan perhatian agar kekal selamat.

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Namun anxiety disorder ini melampaui kegelisahan biasa yang dinyatakan di atas dan disertai ketakutan dari semasa ke semasa.

Dalam bahasa mudah, anxiety disorder adalah kerisauan terhadap sesuatu yang belum berlaku.

Seseorang yang didiagnos anxiety akan mula rasa gelisah hingga tindak balas lawan atau lari (fight or flight) mereka akan diaktifkan.

Ini merupakan satu respons badan yang akan berlaku secara automatik tatkala kita berada dalam bahaya.

Baca juga: ‘Tangan saya menggigil dan jadi berpeluh…’ Masalah anxiety buat Maya Karin terlepas dua peranan penting

Baca juga: Anxiety dan kanak-kanak: Normal atau tak? Occupational therapist kongsi 4 sikap ibu bapa punca masalah itu

Gangguan mental ini berlaku dan dicetuskan oleh beberapa keadaan seperti berikut:

1-Kebimbangan luar biasa yang teruk atau berpanjangan.

2-Berlaku tanpa keadaan yang menyebabkan penghidapnya tertekan.

3-Kebimbangan dialami mengganggu keupayaan anda untuk berfungsi.

4-Anda sering bertindak keterlaluan apabila sesuatu mencetuskan emosi anda.

5-Anda kerap kali tidak boleh mengawal respons terhadap situasi.

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Antara gejala tingkah laku penghidap gangguan ini adalah seperti berikut:

a)Tidak berupaya untuk diam dan tenang.

b)Kerengsaan

c)Tidak sabar

d))Aktiviti harian mudah terganggu.

e)Tubuh dan minda rasa letih yang luar biasa sepanjang masa.

f)Sukar tidur malam.

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

g)Sering sesak nafas

h)Otot rasa kejang dan sakit

i)Tidak sedap perut seperti kembung, cirit-birit dan kerap sendawa juga merupakan tanda anxiety.

g)Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam jurnal General Hospital Psychiatry, individu yang mengalami anxiety mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk muntah atau rasa loya selepas makan.

h)Tidak berhenti berpeluh lebih-lebih lagi pada tapak tangan atau ketiak susulan gemuruh dan gelisah.

i)Terlebih makan atau kurang selera makan

j) Jari atau tangan menggigil tanpa sebab kesan sampingan peningkatan hormon stres dalam badan.

Jika beberapa simptom di atas jelas berlaku dan berterusan dari masa ke masa, anda perlu cepat-cepat mendapatkan bantuan daripada doktor.

Baca juga: Diserang anxiety, panik melampau. Amalkan doa ini selepas solat Subuh, Asar

5 MAKANAN PERLU DIELAK PESAKIT ANXIETY

Selain mendapatkan diagnosis dan rawatan daripada pakar, anda juga perlu mengetahui lima jenis makanan yang perlu dielakkan agar situasi tidak menjadi semakin teruk hingga kemurungan.

Berikut adalah makanan yang dikatakan boeh mencetuskan kegelisahan:

1. Kafein

Kredit foto: Toni Cuenca

Menurut Persatuan Kopi Amerika Syarikat, 62 peratus rakyat negara tersebut minum kopi.

Namun, tahukah anda, kopi mungkin dalang sebenar di sebalik kegelisahan yang anda alami? Jika anda sering berdebar atau resah, elakkan kopi kerana ia merupakan salah satu pantang larang pesakit anxiety!

Kopi merupakan sejenis stimulan. Malah, bagi penghidap anxiety, kopi mungkin mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Iklan

Orang dewasa yang mengambil lebih daripada 400mg kafein setiap hari lebih berisiko mengalami keresahan dan serangan panik.

2. Gula

Kredit foto: Freepik

Menurut pakar, gula merupakan penyebab utama keresahan dan juga depresi!

Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam The American Journal of Clinical Nutrition, peningkatan pengambilan gula dalam diet harian didapati dapat meningkatkan risiko depresi.

Makanan yang manis akan meningkatkan kadar gula dalam darah. Akibatnya, anda akan jadi makin resah dan gelisah!

Jika boleh, jauhkan diri daripada makanan bergula. Bukannya tidak boleh, tapi simpan makanan manis untuk acara yang istimewa sahaja ya!

Jika anda inginkan sesuatu yang manis, beralih kepada buah-buahan segar seperti epal, pear, beri atau oren.

3. Makanan segera/ daging diproses


Daging yang diproses dan makanan segera seperti piza, sosej, kentang goreng, gula-gula dan makanan bergoreng merupakan antara punca inflamasi.

Jika diambil terlalu banyak, ia boleh menyebabkan kegelisahan dan membuatkan mood anda terganggu.

Sebuah kajian yang dimuatkan dalam jurnal Public Health Nutrition mendapati individu yang gemar mengambil makanan segera mempunyai risiko sebanyak 51 peratus untuk mengalami depresi berbanding mereka yang tidak mengambilnya.

4. Minuman beralkohol
Minuman beralkohol tidak akan menghilangkan masalah anda malah membuatkan anda semakin resah!

Iklan

Sebab itulah, sebarang minuman beralkohol merupakan pantang larang anxiety!

Menurut pakar, minuman ini mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan.

Selain itu, ia akan menyebabkan dehidrasi dan akan mencetuskan pelbagai simptom kegelisahan.

5-Ubat-ubatan tertentu
Ada beberapa jenis ubat-ubatan yang mempunyai kesan sampingan tertentu. Malah, ada antaranya yang akan mencetuskan simptom kegelisahan atau serangan panik.

Antaranya ialah ubat-ubatan tiroid dan asma.

Jika anda mengambil ubat untuk merawat kegelisahan contohnya benzodiazepines, pastikan anda mengambilnya mengikut arahan doktor.

Jangan berhenti secara tiba-tiba kerana ia hanya akan menyebabkan keresahan anda menjadi semakin serius.

Sumber: Hello Doktor 1, 2, Malaysia Psychiatric Associaton

Kredit foto utama: Freepik, Canva

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!