“ALAMAK! Banyaknya barang lama dah rosak dan tidak digunakan. Mana nak letak ni?”

Mungkin itu yang bermain di minda sama ada baru berpindah atau selepas membeli perabot dan barangan baharu.

SinarPlus percaya pasti setiap rumah masih menyimpan banyak barangan lama yang tidak digunakan lagi bukan?

Apa kata korang manfaatkan masa perintah Sekatan Perjalanan Penuh (SPP) atau total lockdown untuk mengemas semula barangan atau perabot tersebut.

Opps, tunggu! Barang-barang tersebut jangan dibakar atau dibuang di tempat yang tak sepatutnya tau.

Berita baik buat warga Selangor kini korang boleh menggunakan perkhidmatan mengangkut semua barang lama terbabit.

Caranya mudah sahaja dengan membuat aduan menerusi aplikasi iClean Selangor untuk mengangkut barang-barang itu.

Paling best, tanpa perlu membuat sebarang pembayaran! Ya, percuma!

IClean Selangor merupakan sebuah aplikasi telefon (mobile app) inisiatif daripada pihak kerajaan negeri Selangor yang bertujuan untuk memudahkan penduduk di Selangor mengemukakan aduan pembersihan di kawasan yang diuruskan oleh KDEB Waste Management Sdn Bhd.

Bingung nak buang barang lama, terpakai? Guna khidmat percuma iClean Selangor

Iklan

Dengan hanya menyatakan aduan, lokasi dan gambar permasalahan, pihak KDEB Waste Management akan mengambil tindakan segera dan akan menyelesaikan masalah tersebut dalam masa 24 jam.

Mudah digunakan, aplikasi yang dilancarkan pada tahun 2016 itu memperuntukkan pengguna untuk mengisi maklumat diri dan memuat naik gambar-gambar barang yang ingin dibuang. Kemudian, aduan akan direkod dan dipantau.

Baca juga [VIDEO] “Tak dapat travel, dapat dengar suara pun jadilah’- Intonasi taklimat pusat vaksin IDCC bagaikan di airport

Iklan

Jadi, warga Selangor apa tunggu lagi jomlah menggunakan aplikasi itu bgi mengelakkan kita membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya.

Muat turun aplikasi iClean Selangor ini di Google Playstore dan Apple Appstore korang sekarang!