Bon Odori, festival pertukaran budaya antara Jepun dan Selangor. Gamat dengan kehadiran 30,000 pengunjung

PADA Sabtu minggu lalu, deretan kereta memenuhi kiri dan kanan bahu jalan.

Mereka semua ingin memeriahkan Festival Bon Odori ke-47 yang bertempat di Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic), Shah Alam, Selangor.

Acara itu adalah anjuran Kelab Jepun Kuala Lumpur (JCKL), Japanese School Kuala Lumpur dan Kedutaan Jepun.

Difahamkan sekitar 30,000 pengunjung membanjiri lokasi. Lebih menarik, ada yang memakai pakaian tradisional Jepun, sambil disolek anggun.

Apa itu Bon Odori? Sebenarnya ia merupakan satu acara dan simbolik hubungan jangka panjang antara Jepun dan negeri Selangor.

Tourism Selangor telah pun menganjurkan festival penuh meriah sejak 15 tahun berturut-turut.

Pada kali ini, pelbagai persembahan kebudayaan dari Jepun dan Selangor seperti Tarian Soblang Sari dari Selangor, Tarian Nihon Buyou-Bu, Tarian Bon Odori, Tarian Wadaiko dan persembahan gendang.

BACA JUGA: Kalahkan dua pencabar terdekat, filem Eva ke Festival Filem Cannes 2023

Selain itu, perhiasan tanglung, pameran pakaian tradisional Jepun, jualan makanan dan produk tempatan turut diadakan.

Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad berkata, berdasarkan rekod, Selangor telah menerima penambahan 39.2 peratus pelancong dari Jepun ke negeri ini iaitu seramai 73,822 pelancong pada tahun 2022.

“Dengan perkembangan positif dalam sektor pelancongan di Selangor, kami yakin festival ini akan menyokong misi kami untuk terus menembusi pasaran Jepun melalui kempen pelancongan antarabangsa negeri, Splendid Selangor, Take Me Anywhere,” katanya.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang