‘Bontot’ kuali hitam jangan dibuang, guna 3 bahan ini kilatkan semula. Murah jer tak sampai RM5

BIASANYA, bagi kaum ibu-ibu atau wanita yang selalu di dapur, pasti ada barangan kesayangan yang digunakan setiap hari untuk memasak kan?

Lagi-lagi bila sudah menggunakan barangan itu lebih 10 tahun, memang lajen la. Bukan tak ada barang baru tapi alih-alih itu juga kegemaran.

Kalau periuk atau kuali yang dah digunakan lama sudah pasti akan hitam dan berkerak bahagian belakangnya.

Nak buang memang tidaklah barangan kesayangan kan. Kalau dah macam-macam cara digunakan untuk hilangkan kerak hitam tersebut tetapi masih tak menjadi, mungkin petua pemuda ini boleh anda gunakan.

Katanya, hanya menggunakan tiga bahan murah, ia akan menjadikan periuk tersebut kelihatan baru! Berkilat bontot kuali macam baru!

Seorang pemuda dikenali sebagai Hafiz Misron berkongsi teknik ‘double boil’ yang digunakannya untuk membersihkan kuali yang hitam terutama di bahagian bontot.

Jelasnya, dia hanya menggunakan tiga bahan sahaja iaitu baking soda, sabun dan berus kuali.

Baca juga Kuali legend legam kembali berkilat, hanya guna kapur makan, tak perlu sental kuat

Cara-cara;

1. Mesti ada kuali yang lebih besar. Letak air penuh untuk tenggelamkan kuali yang hendak direbus di dalam kuali besar itu.

2. Letak empat sudu besar baking soda (boleh jika mahu letak lebih).

3. Ada juga yang memberi cadangan supaya diletakkan asam keping atau lemon, mungkin kerana kandungan asid yang dikatakan mempunyai sifat menghakis.

4. Tunggu air dalam kuali besar mendidih, kemudian baru letak kuali yang hitam itu.

5. Kemudian, rebus kuali hitam itu selama 30 minit atau 40 minit.

Baca juga Teknik mudah cuci sofa kotor atau bertompok, hanya guna air panas, tudung periuk

Iklan

6. Selepas mendidih, matikan api dan biarkan ia sejuk selama dua jam.

7. Selepas ia sejuk, sental dengan berus kuali dan sabun mandi. Jika tiada sabun mandi, boleh juga guna sabun cuci pinggan.

9. Anda akan melihat kerak-kerak mula tanggal selepas ia diberus.

Namun harus diingat, kaedah ‘double boil’ ini mungkin tidak berupaya untuk menghilangkan terus kesemua kerak itu.

Sebaliknya, proses ini perlu dilakukan berulang kali untuk menanggalkannya secara keseluruhan.

Jika kerak hitam bawah kuali terlalu tebal, anda juga boleh menghakisnya menggunakan pisau.

Iklan

Apa yang paling sekali adalah anda perlu berhati-hati dan seeloknya memakai sarung tangan ketika melakukan proses ini.

Semoga bermanfaat!

Sumber: keluarga

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.