Teknik mudah cuci sofa kotor atau bertompok, hanya guna air panas, tudung periuk

HARI raya sudah dekat, tentu ramai mula sampai ke kampung halaman dan membuat persiapan hari menyambut 1 Syawal yang berbaki beberapa hari lagi.

Antara aktiviti menjelang Aidilfitri selain memasak juadah  raya dan mengemas rumah agar sedap mata memandang serta mengalu-alukan kehadiran tetamu.

Baca juga: Cara rebus ketupat nasi versi jimat gas dan elektrik, mudah sangat!

 

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Mungkin ada yang ‘sakit’ mata melihat permukaan sofa yang bertompok dek kotoran. Kesan minuman dan makanan tumpah pada sofa jenis fabrik memang degil, lap dengan tisu basah pun tak hilang.

Baca juga: Hias rumah untuk raya, 6 tip ini jadikan ruang tamu elegan dan tenang

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Sebelum ambil keputusan menukar upholsteri, jom cuba teknik mudah dan murah ini.

Rupanya masalah sofa bertompok boleh ‘diselesaikan’ dengan modal yang murah beberapa ringgit jer. Ikuti langkah mudah seperti yang dikongsikan oleh pengguna media sosial @eseyway ini.

Baca juga: Mudah jer nak cuci karpet tanpa perlu hantar dobi. Rahsianya guna soda  cuka. Hasilnya nampak macam baharu

Baca juga: Kuali legend legam kembali berkilat, hanya guna kapur makan, tak perlu sental kuat

PETUA HILANGKAN TOMPOK KOTORAN PADA SOFA

Bahan-bahan

2-3 cawan air suam (di dalam besen)
Sabun pencuci pinggan cecair
Pelembut pakaian (opsyenal)
Tuala microfiber saiz kecil
Penutup periuk yang mempunyai pemegang

Langkah-langkah

1-Tuangkan kira-kira tiga hingga empat sudu besar cecair pencuci pinggan ke dalam air suam.

2-Kemudian masukkan pula pelembut pakaian.

3-Kacau sebati dan celupkan tuala ke dalam larutan berkenaan.

Iklan

4-Terbalikkan penutup periuk dan hamparkan tuala pada permukaan dalam penutup.

5-Pegang tudung periuk pada pemegangnya, cengkam juga tuala supaya tidak jatuh.

6-Gosokkan tuala pada permukaan sofa yang kotor.

7-Anda boleh mengulangi langkah membasahkan tuala tersebut dan menggosok permukaan sofa dan kusyen sehingga kotoran hilang atau memudar.

Iklan

8-Anda juga oleh juga menggosok tanpa penutup periuk.

Selamat mencuba!

Baca juga: Jimat! Tak perlu beli baru, ini 5 cara tajamkan pisau blender yang tumpul

Sumber: Laman sosial @eseyway

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.