Buah tomato baik untuk jantung! Untunglah penggemarnya

A
A
A

TOMATO antara sayuran buah yang mudah dijumpai di pasaran.

Ia bukan sahaja lazat dimakan mentah begitu sahaja, malah, ia juga sering dijadikan sebagai bahan masakan untuk menu ala Thai serta masakan Barat.

Buah tomato sangat luas penggunaanya. Selain digunakan dalam masakan ia juga boleh dimakan mentah atau dibuat salad.

Malah produk kosmetik berasaskan buah tomato juga semakin popular kerana ia kaya dengan vitamin C, vitamin K, pottasium dan folate yang dapat membantu menjaga kesihatan kulit dan proses pencernaan tubuh.

Tomato mengandungi pelbagai khasiat tersendiri termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya.

Ini khasiat tomato untuk kesihatan dan kecantikan luaran mahupun dalaman seseorang;

1. Sistem daya tahan

Tomato mempunyai lycopene, anti oksidan yang menghalang kerosakan radikal bebas.

2. Baik untuk jantung

Kaya dengan vitamin B dan E dan flavonoids membantu dalam kesihatan jantung.

3. Kalori rendah

Satu biji tomato bersaiz sederhana memiliki 22 kalori.

4. Melancarkan saluran darah

Boleh mencegah darah beku.

Buah tomato baik untuk jantung! Untunglah penggemarnya

Baca juga Terbaik turunkan berat badan, khasiat terung pipit menakjubkan!

5. Mata

Lutein, lycopene dan beta karotin boleh membantu dalam melindungi mata daripada cahaya biru.

6. Gigi

Boleh membantu dalam merawat radang gusi.

7. Paru-paru

Membantu dalam pencegahan asma.

8. Kulit

Kandungan lycopene dalam tomato boleh menghalang sinar UV.

Ternyata, tomato adalah superfood yang padat dengan nutrient dan menawarkan manfaat kepada pelbagai sistem badan.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca