Bukan kerana tongkat, pemuda nyaris digilis lori buka cerita kejadian sebenar

2
2
A
A
A

SEMALAM tular satu video seorang pemuda nyaris digilis lori yang membuatkan ramai terkejut, cemas dan lega melihatnya.

Ia memaparkan penunggang motosikal yang tiba-tiba terjatuh di atas lebuh raya.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Benarlah kata pepatah, berpantang ajal sebelum maut.

Tindakan pemuda berkenaan terus bangun dengan pantas berlari ke tepi lebuh raya menyelamatkan dirinya walaupun nyaris dilanggar.

Dalam kejadian yang pantas itu, jarak pemuda berkenaan sangat hampir, seolah-olah hanya seinci daripada sebuah lori.

Kejadian yang berlaku dalam keadaan hujan renyai-renyai berkenaan hanya berlaku beberapa saat sahaja.

Tragedi yang dirakam oleh kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan berhampiran lokasi dikatakan berpunca daripada tersadung tongkat motosikal.

Pun begitu, pemuda yang terselamat itu tampil menjelaskan apa sebenarnya berlaku pada hari kejadian.

Pengguna TikTok dikenali sebagai Afyqq tampil bersuara pada ruangan video yang dimuat naik UtusanTV mendakwa dirinya merupakan individu terlibat dalam kemalangan tersebut.

Kata Afyqq, kejadian bukan berpunca daripada tongkat pada motosikal yang tidak dinaikkan.

Tulisnya, punca sebenar dia kemalangan disebabkan ingin mengelak sebuah kenderaan lain ketika itu.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Hanya seinci dari maut! Pemuda nyaris digilis lori gara-gara tersadung tongkat motosikal

"Saya memang elak kereta bang, mungkin stand terjatuh semasa saya elak tu bang," ujarnya.

Katanya lagi, sebelum kejadian tersebut dia ada melanggar sebuah kereta yang cuba dielaknya selepas kenderaan itu cuba masuk barisan.

"Saya ada brek gunakan kaki mungkin masa tu tongkat saya jatuh," jelasnya.

Ujar Afydd lagi, jika dilihat betul-betul kepada video berkenaan, dari awal dia mendakwa dirinya sudah terjatuh sebelum tongkat motosikal yang ditunggangi mencecah jalan.

Apapun Alhamdulillah, pemuda tersebut selamat. Berhati-hatilah kita semua ketika di atas jalan raya tambah lagi pada musim tidak menentu ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca